web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azmi Sahkan Musa Hassan Buat Laporan Polis, Dakwa Dipukul Isteri, Anak 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 8:45PM

Laporan tersebut dibuat oleh peguam, Ahmad Faruq Sidik sebagai mewakili Musa pada jam 3.38 petang 1 Mac lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Kassim mengesahkan bahawa mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul oleh isteri dan anaknya.

“Ya (beliau ada membuat laporan),” katanya, ringkas kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Laporan tersebut dibuat oleh peguam, Ahmad Faruq Sidik sebagai mewakili Musa pada jam 3.38 petang 1 Mac lalu.

Menurut butiran laporan pada salinan yang diterima Getaran, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang 28 Februari lalu, apabila bekas Ketua Polis Negara itu pergi menemui isterinya, Elly Efizahwati Abdul Jalil di kediaman wanita berkenaan dekat Taman Tun Dr Ismail di sini.

Laporan menyebut, tujuan kedatangan Musa adalah bagi menyerahkan wang perbelanjaan berjumlah RM5,000 yang juga perlu digunakan untuk membeli buku sekolah anaknya.

Setiba di lokasi, Elly dikatakan menyuarakan rasa tidak hati selepas menerima surat daripada peguam syariah Musa, melibatkan penyelesaian kes perceraian pasangan suami isteri berkenaan.

“Isteri beliau (Musa) telah mengeluarkan telefon bimbit dan ingin merakam wajah suaminya tanpa tujuan yang pasti, dan tetap berbuat demikian walaupun sudah dilarang,” kata laporan itu.

Berang dengan perbuatan wanita tersebut, Musa bertindak merampas peranti berkenaan, sebelum beliau dipukul pada bahagian kepala oleh isterinya, dengan menggunakan sebatang kayu.

Pukulan itu jelas laporan berkenaan lagi, menyebabkan Musa terduduk jatuh, sebelum dipukul pula dengan menggunakan topi keledar oleh anak lelakinya.

“Selepas kejadian, Musa telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan mengarahkan pengadu (Ahmad Faruq) membuat laporan polis untuk tindakan lanjut pihak berkuasa,” kata laporan berkenaan.

Jelas laporan itu lagi, pengadu telah dihubungi oleh Pegawai Penyiasat untuk merakam percakapan.

“Tujuan laporan dibuat ialah untuk rujukan pihak Mahkamah Syariah kerana kes perceraian pasangan terbabit sedang dibicarakan,” kata laporan itu.

Getaran difahamkan, kes berkenaan sedang disiasat oleh Unit Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11). 

Video pertengkaran seorang lelaki yang mirip Musa tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Susulan penularan, Musa tampil mengingatkan orang ramai agar tidak mencampuri masalah peribadi yang berlaku dalam keluarganya, sekali gus membenarkan andaian bahawa beliau adalah lelaki di dapam video berkenaan. - Getaran, 8 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes Musa, Isteri Sudah Dibuka - Ketua Polis KL

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hukuman Mati Mandatori Kartel, Pengedar Dadah Perlu Dikekalkan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wajar Kaji Hukuman Mati, Pastikan Benar-Benar Berkesan Tepati Keadilan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad