web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Kes Musa, Isteri Sudah Dibuka - Ketua Polis KL

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 9:16AM

Azmi Abu Kassim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya yang rakaman videonya tular di media sosial sejak semalam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

“Saya sahkan kita (polis) terima laporan dan kertas siasatan sudah dibuka.

“Kita akan rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Malah, difahamkan kedua-dua pihak, iaitu Musa dan isterinya sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

Terdahulu, tular rakaman tiga klip video memaparkan seorang lelaki mirip Musa bergaduh dengan seorang wanita di Twitter sejak kelmarin.

Menerusi paparan video berdurasi 1 minit 3 saat, 11 saat dan 9 saat itu, pergaduhan terbabit dipercayai berkaitan isu kewangan dan dakwaan tuntutan harta.

Di akhir video berdurasi 1 minit 3 saat itu, lelaki terbabit dipercayai ‘memukul’ wanita berkenaan.

Menerusi dua lagi klip video, wanita itu berulang kali meminta supaya telefon bimbitnya dipulangkan.

Kejadian itu turut mencetuskan rasa tidak puas hati netizen ekoran ia berlaku di hadapan seorang kanak-kanak.

Susulan kejadian terbabit, wanita dikatakan isteri kedua berusia awal 40-an terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 1 Mac lalu, mendakwa dia dipukul beberapa kali, termasuk di kepala dan belakang leher dalam kejadian berkenaan.

Musa turut membuat laporan polis pada hari sama dengan diwakili peguam, Ahmad Faruq Sidik selepas mendakwa dipukul oleh isteri dan anaknya.

Ketika menjawab persoalan netizen yang memintanya memberi penjelasan berhubung adakah beliau individu dalam video itu, Musa meminta masyarakat, tidak mencampuri privasi keluarganya atau membuat sebarang spekulasi.

Beliau turut memberi amaran bahawa mana-mana individu yang cuba masuk campur dalam isu itu akan berdepan tindakan undang-undang.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.

“Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Selain itu, Musa menulis beberapa contoh ciri isteri derhaka, selain mengingatkan isteri supaya tidak mengamalkan sikap tertentu, termasuk menjadi tekanan kepada suami.

“Isteri derhaka pada suami, tempatnya adalah neraka jahanam,” ciapnya. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Azmi Sahkan Musa Hassan Buat Laporan Polis, Dakwa Dipukul Isteri, Anak 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jumpa Al-Quran Dalam Longkang, Polis Rakam Percakapan 8 Individu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Belum Dapat Sahkan Mossad Terlibat Kes Culik Warga Palestin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hukuman Mati Mandatori Kartel, Pengedar Dadah Perlu Dikekalkan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi