web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Ditahan, Bakal Hadapi Beberapa Pertuduhan Esok - SPRM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 6:09PM

Muhyiddin Yassin ditahan ketika hadir untuk merakam percakapan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan pada jam 1 tengah hari tadi.

Mengesahkan penahanan itu, jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri ditahan ketika hadir untuk merakam percakapan di ibu pejabat SPRM di sini.

Menurut beliau, rakaman percakapan itu bertujuan melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.

“Kesemua pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Muhyiddin terdahulu tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 11.15 pagi tadi.

Beliau sebelum ini dengan lantang menegaskan, tidak takut disiasat atas dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengepalai pentadbiran negara.

Skandal Jana Wibawa yang terbongkar baru-baru ini nyata menggemparkan banyak pihak, apatah lagi dengan penahanan dan pendakwaan beberapa pemimpin BERSATU.

Ia bermula dengan penahanan Bendahari Agung parti, Datuk Salleh Bajuri pada 2 Februari, diikuti pertuduhan ke atas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad 21 Februari lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada 1 Februari mengumumkan, suruhanjaya terbabit sudah mengambil tindakan membekukan akaun BERSATU, sebagai sebahagian daripada proses siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Menurut Azam, langkah tersebut adalah untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki sebagai perolehan hasil haram (illegal proceeds).

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Disember lalu, SPRM mengesahkan sudah menerima butiran daripada Kementerian Kewangan, berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 untuk pengurusan COVID-19z

Fokus siasatan adalah terarah kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad