web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Bebas Dengan Jaminan SPRM, Tetap Ke Mahkamah Esok - Azam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 9:23PM

Muhyiddin Yassin dibebaskan sekitar jam 8.20 malam tadi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, mantan Perdana Menteri itu dibebaskan sekitar jam 8.20 malam tadi.

Menurut beliau, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU akan dihadapkan ke mahkamah esok bagi berdepan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Ya betul. Beliau kena hadir ke mahkamah esok,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Sementara itu ketika ditemui media sejurus selepas keluar dari ibu pejabat SPRM di Putrajaya, Muhyiddin menegaskan, beliau tidak bersalah dan bersedia menjawab segala pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, kehadirannya di ibu pejabat SPRM adalah secara sukarela tanpa dipaksa untuk membantu siasatan.

“Saya datang pagi tadi untuk membolehkan SPRM merakam percakapan tambahan saya.

“Saya hadir tanpa paksaan untuk membantu siasatan walaupun pada saya ini satu penindasan politik dan penganiayaan terhadap saya dan BERSATU,” katanya.

Beliau memberitahu, SPRM membangkitkan dua perkara ketika merakam keterangannya iaitu projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh taikun perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Jelas beliau, adalah menyedihkan apabila Jana Wibawa yang merupakan projek untuk membangunkan semula ekonomi negara selepas pandemik COVID-19 dijadikan modal politik segelintir pihak.

“Itulah sebabnya jumlah yang dituduh berubah-ubah dari RM600 bilion ke RM530 bilion, kemudian turun mendadak ke RM92.5 bilion, turun lagi ke RM4.5 bilion dan akhirnya RM300 juta.

“Menggunakan fitnah ini, SPRM membekukan akaun bank BERSATU untuk menghancurkan BERSATU. Inilah jahatnya fitnah,” katanya.

Mengulangi pendirian bahawa dirinya tidak bersalah, Muhyiddin berkata, beliau bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek kerajaan kerana ia adalah
di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

“Saya sekadar melaksanakan keputusan kabinet yang menghendaki Pejabat Perdana Menteri memanjangkan permohonan projek untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.

“SPRM seharusnya mengetahui dari semua keterangan yang diambil bahawa tidak berlaku sebarang salah guna kuasa atau perbuatan merasuah. Amatlah malang jika wang dalam akaun BERSATU yang merupakan dana politik dianggap sebagai suapan,” katanya.

Beliau memberi jaminan, tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh kementerian berkenaan.

“Saya juga tidak pernah berjumpa dengan kontraktor yang mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka.

“SPRM tidak menjumpai sebarang bukti bahawa saya telah menerima wang, jadi, bagaimana saya boleh dituduh menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Mengulas mengenai rayuan pembatalan cukai oleh Syed Mokhtar, Muhyiddin berkata, figura itu adalah rakan baik yang dikenali sejak lebih 30 tahun lalu.

“Yayasan Al-Bukhary menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan khususnya membangunkan Islam serta membantu umat Islam.

“Atas semua itu, yayasan ini diberikan kelulusan pengecualian cukai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, sebelum ia dibatalkan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Menafikan bahawa sumbangan oleh yayasan terbabit masuk ke akaun peribadi miliknya, tegas Muhyiddin, ia adalah sumbangan politik Syed Mokhtar yang dimasukkan terus ke akaun BERSATU.

“Satu sen pun daripada sumbangan tersebut tidak diberikan kepada saya untuk kegunaan saya. Saya tahu (Tan Sri) Syed Mokhtar ada memberikan sumbangan kewangan kepada parti-parti politik selama berpuluh tahun. Ini termasuk parti-parti politik pemerintah.

“Jika Tan Sri Syed Mokhtar juga ingin memberikan sumbangan kepada BERSATU sebagai parti yang memperjuangkan dasar-dasar yang baik untuk orang Melayu dan negara, di mana salahnya,” katanya.  - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah