web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menu Rahmah Terima Sambutan Peniaga, Bukti Tiada Tekanan Kerajaan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 7:09AM

McDonald’s Malaysia tampil melancarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 yang boleh didapati di lebih 300 cawangan restorannya di seluruh negara. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 premis menjual makanan atau restoran telah mengambil bahagian dalam penyediaan Menu Rahmah sejak ia dilancarkan 1 Februari lalu.

Berdasarkan senarai diperoleh Getaran, kesemua restoran di seluruh negara itu menawarkan pelbagai konsep hidangan seperti barat, lauk pauk tradisional, makanan segera dan bakeri.

Ia dilihat sebagai satu perkembangan memberangsangkan, selaras dengan misi kerajaan perpaduan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah atau B40, yang berdepan kekangan kewangan akibat kenaikan kos sara hidup.

Menawarkan harga serendah RM5 untuk satu hidangan seimbang, adalah tidak menghairankan apabila premis yang menyertai inisiatif ini sering diserbu pelanggan.

Lebih membanggakan, konsep Menu Rahmah yang merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu turut berhasil memikat hati rantaian restoran khidmat segera terkemuka untuk sama mengambil bahagian.

Muncul sebagai peserta terbaru, McDonald’s Malaysia kelmarin tampil melancarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 yang boleh didapati di lebih 300 cawangan restorannya di seluruh negara.

 Melati Abdul Hai
Melati Abdul Hai

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai dipetik sebagai berkata, penyertaan restoran berkenaan adalah bagi menyahut seruan kerajaan untuk menawarkan menu mampu milik kepada pelanggan memerlukan.

Katanya, ia adalah bukti komitmen McDonald’s sebagai sebuah jenama yang amat dekat di hati rakyat.

“Pelancaran menu ini membolehkan kami menyediakan hidangan kepada semua pelanggan agar boleh bersama menikmati hidangan lazat di McDonald’s pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Tiga pilihan Menu Rahmah di McDonald’s ialah set kecil burger ayam dan teh limau ais, set kecil bubur ayam dan teh limau ais serta set kecil McEgg dan teh limau ais.

Kesemua menu berkenaan bagaimanapun didatangkan tanpa jejari kentang (french fries).

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini berkata, penglibatan restoran terkemuka dalam menjayakan inisiatif berkenaan membuktikan bahawa ia bukan satu perkara yang menekan peniaga, seperti didakwa sesetengah pihak.

Katanya, kerajaan tidak pernah memaksa mereka menyertai kempen terbabit, sebaliknya semua penglibatan itu dilakukan secara sukarela.

“Kementerian tidak pernah menghantar pegawai penguatkuasa ke premis mereka dan mendesak agar harga makanan diturunkan bagi menepati ciri Menu Rahmah.

“Semua itu dilakukan secara sukarela untuk membantu golongan memerlukan,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'