web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Persenda Bahasa Malaysia, Gadis Indonesia Terima ‘Serangan’ Netizen

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 11:57AM

Menggunakan akaun @STresnowat1, pemilik nama Sarah Tresnowati memuat naik video yang memetik beberapa perkataan Indonesia untuk dibandingkan dengan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris (Amerika). - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang gadis Indonesia menjadi mangsa kecaman netizen negara ini selepas ciapannya yang mempersendakan bahasa Malaysia tular di Twitter.

Menggunakan akaun @STresnowat1, pemilik nama Sarah Tresnowati itu memuat naik video yang memetik beberapa perkataan Indonesia untuk dibandingkan dengan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris (Amerika).

Memberikan tiga perkataan sebagai contoh, video digunakan Sarah yang dipercayai diambil dari aplikasi TikTok itu membuat perbandingan kesemua perkataan berkenaan dalam ketiga-tiga bahasa tersebut.

Apa yang mendatangkan kemarahan, perbandingan diberikan jelas tidak tepat dan kelihatan sengaja dibuat-dibuat untuk mempersendakan bahasa kebangsaan Malaysia.

Ciapannya pantas menerima reaksi hangat netizen tempatan, dengan majoriti melihat ia sebagai satu provokasi.

Mereka tampil dengan ciapan menafikan perbandingan terbabit dan memberi makna yang lebih tepat sebagai rujukan.

Meski dakwaannya sudah disangkal, gadis itu masih berkeras, malah dia memetik satu laporan berita dari seberang yang mengecam penggunaan istilah ‘Indon’ sebagai jolokan untuk rakyat republik berkenaan.

Menurut laporan Merdeka.com, istilah terbabit adalah satu penghinaan, bahkan Kedutaan Indonesia di Malaysia juga dakwa portal itu, pernah mendesak kerajaan negara ini mengambil tindakan untuk menghentikan penggunaan istilah berkenaan.

“Ko (kau) dah kenapa Sarah? Mmg saja2 buat2 bodokan (bodohkan) diri ko di social media ke. Suka2 ko fitnah org Malaysia. 

“Mana ada istilah2 bahasa Melayu mcm ko ckp tu. Nak tipu org2 Indonesia pun agak2 lah, org2 ko jugak kan?” ciap @camancher2012 dengan nada marah.

“Kang cakap tolol marah tapi memang tolol. Ind** macam lu (awak) memang bebal ke? Ada hp (telefon bimbit) canggih tapi tak pernah pakai Google translate ke? Bodoh punya ind***” ciap pula @_nama007.

Bukan sekadar netizen Malaysia, tindakan Sarah itu juga menimbulkan reaksi kurang senang pengguna Twitter Indonesia, yang mengganggap dia sengaja meniup api permusuhan.

Menggunakan akaun @sang_bango, pengguna yang nama sebenarnya Robbi Achmad Taufik menegur perbuatan berkenaan sebagai tidak bijak.

“Ngga bener (tidak benar), banyak yang salah itu. Ngetawain (mentertawakan) bahasa itu kurang bijak. Seperti dulu sewaktu ku masih remaja,” ciapnya.

Pendapat senada disuarakan @anusekaliya, yang mahu gadis terbabit menghargai bahasa kebangsaan negara lain.

“Hargailah. Mereka punya ciri dan gaya bahasa tersendiri,” ciapnya.

Ciapan tersebut bagaimanapun dibalas Sarah, yang mendakwa mereka sering dipandang rendah rakyat Malaysia.

Andaian itu kemudian ditepis @harapanpejalan yang melihat perbuatan gadis berkenaan sebagai tidak wajar dilakukan.

“Trus kita harusgimana biar ga dicap bangsa babu ? Dengan balas mengolok? (Jadi apa yang harus kita lakukan agar tidak dianggap sebagai bangsa hamba? Dengan membalas semula ejekan?)” tegurnya.

Video dimuat naik Sarah itu juga mendapat perhatian seorang netizen Indonesia yang membalas dengan teguran menerusi TikTok.

“Video itu sama sekali tidak menggelikan hati. Ia boleh menjadi penyebab dan menimbulkan situasi atau konflik yang tidak diingini. Jika tidak tahu, lebik baik diam, malu nanti,” katanya yang menggunakan akaun @ceritariki.

Setakat jam 12 tengah hari ini, video dimuat naik Sarah pada 9 Mac itu sudah menerima 3.2 juta tontonan dan terus menerima reaksi netizen. - Getaran, 12 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Elizabeth Tan Menghitung Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini