web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Galak Penyertaan GP, Doktor Kontrak Jayakan Pemanjangan Waktu Operasi Klinik Kesihatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Mar 2023 3:02PM

KKM menggalakkan penyertaan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak untuk bekerjasama bagi menjayakan inisiatif melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan penyertaan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak untuk bekerjasama bagi menjayakan inisiatif melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata sokongan dan kerjasama itu dapat membantu KKM mengurangkan beban tugas dalam kalangan petugas kesihatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

“Kita (KKM) sudah kenal pasti 52 klinik kesihatan (di seluruh negara) yang memerlukan pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat.

“(Kaedah) ini dapat bantu kurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2023 di sini hari ini.

Semalam, KKM dilapor mengumumkan pemanjangan waktu operasi selepas waktu waktu pejabat di 52 klinik kesihatan di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan.

Waktu operasi klinik di Lembah Klang dipanjangkan dari pukul 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu, manakala di Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis ialah pukul 5 petang hingga 9.30 malam, dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.

Mengenai usaha KKM untuk meningkatkan bilangan pemindahan buah pinggang, beliau berkata KKM akan melaksanakan Pair Kidney Exchange Programme di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

“Kita juga melaksanakan pelbagai program lain untuk menggalakkan lebih ramai penderma termasuk penderma organ yang telah meninggal dunia agar dapat membantu lebih ramai pesakit,” katanya.

Berkongsi bilangan pesakit kronik buah pinggang di Malaysia, beliau berkata ia meningkat dari 9.7 peratus pada 2011 kepada 15.5 peratus pada 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Perlis Akan Cadang Pintu Sempadan Padang Besar Dibuka Hingga 12 Tengah Malam

3

Rencana 6 bulan yang lalu

Kerap Sakit Kepala, Sesak Nafas Petanda Buah Pinggang Rosak Tahap Kritikal

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Elaun Lokum RM80 Sejam Bagi Pegawai Perubatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka