web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kompromi Dengan Kedaulatan, Keselamatan Negara - SKS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 5:16PM

Royal Sulu Forces yang terlibat dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah telah disytihar sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan sejak April 2022. - Gambar ihsan wikipedia/LDyou2

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan aspek kedaulatan dan keselamatan negara, justeru segala langkah sedang diteliti untuk menentang tuntutan ‘waris’ Kesultanan Sulu.

Jurucakap Sekretariat Khas Sulu (SKS) berkata, semakan lanjut juga sedang dibuat untuk menentukan jika ada antara lapan penuntut berkenaan mempunyai pertalian (affiliation), hubungan kekeluargaan atau waris kepada kumpulan pengganas Royal Sulu Forces (RSF) yang telah dihukum oleh mahkamah dalam kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Menurut beliau, RSF telah disytihar sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan sejak April 2022.

“Tindakan undang-undang yang telah diambil oleh semua penuntut sehingga kini, terutamanya timbang tara komersial yang telah dijalankan, adalah tidak wajar dari segi perundangan, malah telah mencabar kedaulatan negara secara langsung.

“Sebarang tindakan yang telah diambil oleh penuntut ini melalui timbang tara komersial pada masa kini adalah bersifat mala fide, memandangkan pihak Sulu pada tahun 1939 pernah menghadap ke Mahkamah Tinggi Borneo Utara untuk pertikaian yang terbangkit pada masa itu,” katanya.

Jurucakap itu berkata, hak dan tuntutan penuntut ini adalah tidak sah, telah terbatal dan ditamatkan melalui pelaksanaan hak penentuan nasib sendiri (self-determination) oleh rakyat Sabah.

“Ia dilaksanakan menerusi rundingan Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 serta pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

“Perianjian 1878 yang telah dijadikan asas untuk timbang tara yang dijalankan di Sepanyol dan Perancis tidak mempunyai sebarang klausa timbang tara dan bukan sebuah kontrak komersil,” katanya.

Tegas beliau, pertikaian yang terbangkit itu melibatkan kedaulatan negara dan Malaysia tidak pernah sama sekali mengetepikan kekebalan kedaulatan negara.

“Penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibawa oleh penuntut dan perkara ini adalah selaras dengan Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah bagi pihak kerajaan Malaysia pada 14 Januari 2020,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi