web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarikh Lihat Anak Bulan 22 Mac, Babit 29 Lokasi Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 10:23AM

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan adalah pada 22 Mac ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa untuk semua umat Islam di Malaysia ditetapkan pada petang 22 Mac nanti, iaitu Rabu depan.

Jurucakap Pejabat Penyimpah Mohor Besar Raja-Raja berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” katanya.

Menurut beliau, semua jawatankuasa berkenaan telah diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan di kesemua 29 kawasan iaitu Pontian Kecil (Johor), Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan).

“Lokasi lain yang turut diperkenan ialah tiga kawasan di Selangor iaitu Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam.

“Untuk negeri Perak, lokasi melihat anak bulan ditetapkan di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjong manakala di Pulau Pinang ialah Pusat Falak Sheikh Tahir di Pantai Aceh,” katanya.

Menara Kuala Lumpur turut diperkenan sebagai lokasi melihat anak bulan untuk ibu negara manakala Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk Putrajaya.
Menara Kuala Lumpur turut diperkenan sebagai lokasi melihat anak bulan untuk ibu negara manakala Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk Putrajaya.

Jawatankuasa berkenaan juga katanya, diperkenan untuk melihat anak bulan di tiga lokasi di Kedah iaitu Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Langkawi) dan Menara Alor Setar.

“Bagi Terengganu, lokasinya ialah di Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut) dan Balai Cerap KUSZA di Setiu.

“Untuk Kelantan, lokasi diperkenan ialah di Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai) dan Menara Bangunan SEDC di Kota Bharu,” katanya.

Sementara itu, lokasi diperkenan untuk melihat anak bulan di Sarawak ialah di Pusat Falak Miri, Teluk Bandung (Kuching) dan Tanjung Batu (Bintulu) manakala di Sabah, Balai Cerap Al-Biruni di Putatan.

“Untuk negeri Pahang, lokasinya ialah di Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands) dan Bukit Pelindong di Kuantan.

“Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan pula ditetapkan sebagai lokasi untuk Labuan,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, Menara Kuala Lumpur diperkenan sebagai lokasi melihat anak bulan untuk ibu negara manakala Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk Putrajaya.

“Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis pula ialah untuk negeri Perlis,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2023



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global