web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Sertai Masyarakat Dunia Peringati Hari Antarabangsa Untuk Memerangi Islamofobia - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 12:45PM

Anwar Ibrahim berkata, ia bukan suatu hari yang patut diraikan, tetapi medium untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dengan sepenuh hati menyertai masyarakat dunia dalam memperingati Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bukan suatu hari yang patut diraikan, tetapi medium untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia.

“Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan Bulan Ramadan yang penuh mulia dalam masa terdekat. 

“Dalam menyambut bulan yang mulia ini, kita mesti mengamalkan kesederhanaan selaras dengan pelaksanaan Malaysia Madani dan menolak ideologi ekstremis sama sekali,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mesti ditolak. 

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif bagi mencapai tujuan ini,” katanya.

Pada 16 Mac tahun lalu, Menteri Luar ketika itu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dipetik sebagai berkata, 

Malaysia telah menaja bersama satu resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang mengisytiharkan 15 Mac sebagai Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia. 

Menurut beliau, resolusi hasil inisiatif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) itu telah diterima pakai secara konsensus di Perhimpunan Agung PBB yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.

Jelas Saifuddin, tarikh 15 Mac dipilih bagi memperingati serangan ke atas jemaah Islam di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 2019, yang meragut 51 nyawa dan mencederakan 40 mangsa lain.

Katanya, selain negara anggota OIC, resolusi tersebut turut ditaja bersama oleh China, Cuba, Nicaragua, Rusia, Uruguay, Venezuela, dan Filipina. - Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global