web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ras Adiba Azam Terus Perjuangkan, Perkasakan Komuniti OKU

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 6:33PM

Ras Adiba Radzi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memenangi  Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) 2023 baru-baru ini, berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mesra Orang Kurang Upaya (OKU).

Ras Adiba berkata itu berkata bagi merealisasikan perkara itu, ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pengamal media yang boleh memain peranan dengan menyebar luas pemahaman mengenai tujuh kategori OKU bagi membina sebuah negara yang lebih insklusif terhadap golongan berkenaan. 

“Banyak lagi perkara yang perlu diketengahkan untuk komuniti OKU dan warga emas OKU antaranya memastikan ada perumahan khas untuk golongan berkenaan, membuka pusat-pusat intervensi awal dan juga pusat autisme. 

Saya juga berharap semua pihak dapat berkerjasama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mesra OKU...dengan itu satu hari nanti kita dapat membawa masuk pelancong OKU dari luar negara,” katanya ketika ditemui di lobi bangunan Parlimen di sini hari ini . 

Beliau yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baru-baru ini diumumkan sebagai antara 11 penerima Anugerah IWOC oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia. 

Selain Ras Adiba, penerima lain anugerah berprestij itu termasuk Dr Zakira Hekmat dari Afghanistan, Alba Rueda dari Argentina dan Donis Rios dari Costa Rica.

Berkongsi mengenai pengalamannya menerima anugerah berkenaan, katanya sehingga kini beliau merasakan perkara itu seperti mimpi dan tidak dapat melupakan pengalaman berinteraksi serta bertemu sendiri dengan wanita-wanita hebat dari negara lain. 

“Saya begitu berharap dengan anugerah ini saya akan terus berusaha untuk memberi sokongan dan membantu memberi inspirasi kepada mereka di luar sana terutama generasi muda,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global