web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 9:58AM

Aaron Ago Dagang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang yang menyalahkan media kerana menghangatkan suasana apabila kerap memainkan isu sensitif tidak boleh diterima sama sekali.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, menteri berkenaan seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak membuat tuduhan secara melulu.

Menurut beliau, amaran keras yang dikeluarkan Aaron juga dilihat sebagai melampau, apatah lagi apabila media digambarkan sebagai penghasut.

“Saya amat kesal dengan amaran keras diberikan kepada media.

“Jelas sekali menteri ini menyerang pihak yang salah. Media Malaysia selama ini sudah cukup berhati-hati dan mengelak daripada melaporkan sebarang perkara berunsur perkauman,” katanya hari ini.

Johan menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Aaron semalam, yang mengarahkan media agar berhati-hati ketika melaporkan sebarang isu sensitif.

Aaron ketika melancarkan pameran ‘Hanya Dikau - Seniman Agung P Ramlee’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dipetik sebagai berkata, laporan seumpama itu khususnya yang berunsur perkauman hanya menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

Dalam perkembangan berkaitan, Johan berkata, pengamal media di negara ini amat memahami tugas dan peranan mereka yang berlatar belakang masyarakat berbilang kaum dan etnik.

Golongan terbabit pada masa sama jelasnya, menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan kebebasan untuk melapor, tanpa menjejaskan keharmonian yang terbina sejak sekian lama.

“Media Malaysia sentiasa percaya pada konsep kebebasan untuk melapor, tetapi pada masa sama bertanggungjawab atas setiap berita dihasilkan.

“Konfrontasi terbaru itu dicetuskan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab, bukan media,” tegasnya.

Semua polemik perkauman itu jelas Johan lagi, dinyalakan oleh ahli politik terbabit untuk kepentingan mereka sendiri.

“Saya menggesa barisan menteri untuk berhenti menyalahkan media apabila keadaan tidak berlaku seperti yang mereka harapkan.

“Jangan salahkan media hanya untuk menutupi kesilapan sendiri,” katanya. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Final EURO 2024: England Jadi Pilihan Ahli Politik Malaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tanggungjawab Moral Untuk Ahli Politik, Pesara Pilih Satu Pencen - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi