web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4,000 Mahasiswa Terima Manfaat, Hampir Semua Kafeteria UMT Laksana Menu Rahmah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 8:27PM

Inisiatif yang telah dimulakan seawal Febuari lalu akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan. - Gambar hiasan oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Lebih 4000 mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal menikmati manfaat penjimatan menerusi menu Rahmah yang ditawarkan di kampus berkenaan. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, hampir keseluruhan kafeteria di kampus UMT menyahut seruan kerajaan dengan menawarkan menu Rahmah.

Menurut beliau, inisiatif yang telah dimulakan seawal Febuari lalu akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan. 

“Terdapat lebih 20 kafeteria yang beroperasi dalam kampus setakat ini dan hampir kesemua kafeteria itu menawarkan menu Rahmah. 

"Ini dilaksanakan bagi membantu pelajar untuk meringankan beban kewangan mereka," katanya  hari ini.

Mohd Izani berkata, pihak pengurusan UMT sentiasa membuat pemantauan dan menekankan aspek kebajikan mahasiswa.

“Pelajar tidak perlu risau kerana pengurusan UMT sentiasa mendengar suara mahasiswa dan kini pelajar boleh mendapatkan hidangan berkhasiat serta lengkap dengan harga yang rendah. 

"Perkara tersebut juga membantu pelajar untuk terus fokus dengan akademik tanpa gangguan," katanya. 

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Mohd Hisyamudin Razali berkata, langkah itu selari dengan visi pengurusan universiti untuk mengurangkan beban pelajar di kampus.

“Saya percaya penawaran menu istimewa ini dapat mengurangkan beban pelajar. 

"Bukan sahaja pelajar yang berada di dalam kampus, ia turut memanfaatkan mahasiswa UMT di luar kampus,” katanya. 

UMT ialah antara universiti awam yang mempunyai bidang tujahan ilmu kelautan dan sumber akuatik.

Selain menawarkan pelbagai program di peringkat prasiswazah dan pasca siswazah, institusi terbabit turut mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Negara (HICoE) yang ketujuh di Malaysia menerusi penubuhan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).

UMT juga diiktiraf sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi bagi Future Food melalui tema Sustainable Shellfish Aquaculture, susulan pembentukan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP). – Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

3

TARA 1 tahun yang lalu

Menu Rahmah Satukan Semua, Tidak Kira Latar Belakang Ekonomi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Cuba Sendiri Menu Siswa Rahmah  

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka