web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Mar 2023 12:13PM

Pemantauan itu termasuk pemeriksaan di peringkat sumber meliputi bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan meneruskan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan.

Jurucakap KKM berkata, operasi berkenaan meliputi kempen keselamatan makanan yang komprehensif bagi memastikan makanan dijual selamat dan berkualiti.

Menurut beliau, pemantauan itu termasuk pemeriksaan di peringkat sumber meliputi bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga yang telah dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

“Pada 2022, sebanyak 19,951 premis makanan telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 premis makanan yang tidak bersih telah dikenakan tindakan penutupan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas jurucakap itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa tidak ketinggalan mengadakan tinjauan ke bazar Ramadan Putrajaya, semalam.

Serentak dengan tinjauan, beliau turut melancarkan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan 2023.

Turut hadir mengiringi Dr Zaliha pada ketika tinjauan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Norazman Ayob, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Norrani Eksan dan Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud.

Jelas jurucakap itu lagi, operasi tahun lalu turut menyaksikan 1,030 notis kompaun juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2023 ini bertujuan melindungi kesihatan awam dan mempromosi amalan keselamatan makanan dalam kalangan penjual dan pengguna. 

“Tema yang dipilih bagi tahun ini adalah ‘Sama-Sama Perhati & Pilih Juadah Di Bazar Ramadan’,” katanya.

Beliau menarik perhatian, penggunaan kod QR bagi Aduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Putrajaya turut diperkenalkan tahun ini, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sebarang laporan.

“Ini akan memudahkan pengguna untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di semua bazar di Putrajaya.

“Inisiatif kod QR ini akan meliputi seluruh negara dan akan diadakan secara berperingkat,” katanya.

Katanya, pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sisu keselamatan makanan boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat.

“Mereka juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta laman media sosial Facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. - Getaran, 25 Mac 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global