web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Polemik Lawatan PM Ke Arab Saudi, Jadual Amat Padat Dan Tersusun

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Mar 2023 11:29AM

Anwar Ibrahim ketika menziarahi Masjid al-Nabawi, Madinah baru-baru ini. - Gambar Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa menghentikan polemik lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang berakhir kelmarin.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi berkata, pihak yang kekontangan modal dan bankrap isu perlu bersama mendukung usaha dan upaya Kerajaan Perpaduan, dalam memperkukuh imej Malaysia.

Menurut beliau, usaha Kerajaan Perpaduan itu termasuk memantapkan kerjasama dan hubungan luar negara. 

“Saya mengambil maklum terhadap suara dari beberapa pihak berkepentingan yang sengaja mempolitikkan isu berkenaan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi baru-baru ini. 

“Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini tatkala saya turut bersama dalam delegasi bersama Perdana Menteri ke sana,” katanya hari ini.

Ahmad Farhan menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan pihak pembangkang, yang ketika ini rancak menabur tohmahan, kononnya lawatan Anwar ke Arab Saudi adalah satu kegagalan dan pembaziran ke atas dana rakyat. 

Sebaik Perdana Menteri tiba di tanah air kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menuntut penjelasan Anwar, kerana gagal bertemu dengan pemerintah ‘de facto’ negara tersebut, Putera Mahkota Mohammed Salman.

Menyifatkan lawatan tersebut sebagai gagal apabila Perdana Menteri tidak bertemu Putera Salman, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu di Dewan Rakyat. 

Menjelaskan lebih lanjut, Ahmad Farhan berkata, jadual dimiliki Perdana Menteri pada lawatan tersebut sangat padat dan tersusun.

“Beliau (perlu) mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Makkah selain menyaksikan beberapa pemeteraian MoU penting melibatkan lapangan perniagaan dan industri.

“Pada lawatan sama, Perdana Menteri juga dikehendaki menekuni beberapa permasalahan mendesak yang merundung dunia Arab dan Islam, selain menyantuni komuniti serta mahasiswa Malaysia di Arab Saudi,” katanya.

Tegas beliau, cubaan pembangkang untuk menggambarkan lawatan terbabit sebagai satu kegagalan dan pembaziran dana rakyat pada hakikatnya tidak berhasil.

“Saya ingin menegaskan bahawa lawatan tersebut sangat berhasil, malah memperkukuh hubungan Putrajaya-Riyadh meski dalam tempoh yang singkat Perdana Menteri di tampuk pemerintahan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kerajaan Arab Saudi juga telah meminta untuk lawatan ini dilanjutkan bagi menyusun pertemuan dengan pimpinan kerajaan Arab Saudi. 

“Namun (malangnya) Perdana Menteri terpaksa menolak secara baik kerana beliau telah dijadualkan untuk hadir ke majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam.

“Perdana Menteri juga akan melakukan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Kemboja esok, seterusnya Hainan dan Beijing, China pada Rabu bagi bertemu Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya Premier Li Qiang,” katanya. - Getaran, 26 Mac 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global