web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Janji Palsu Scammer Terbongkar, 3 Termasuk Wanita Asing Dicekup

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 2:27PM

Aktiviti menjerat cinta dengan menawarkan janji palsu dilakukan dua lelaki dan seorang wanita asing akhirnya berkubur, selepas mereka diberkas polis, kelmarin - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG -  Aktiviti menjerat cinta dengan menawarkan janji palsu dilakukan dua lelaki dan seorang wanita asing akhirnya berkubur, selepas mereka diberkas polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan sekitar jam 12 tengah hari, Jumaat lalu menerusi serbuan di dua lokasi berasingan di Genting Highland di sini.

Menurut beliau, serbuan berkenaam dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

“Kesemua suspek berusia antara 32 hingga 37 tahun dan dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan Love Scam.

“Mereka juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah apabila ditahan,” katanya hari ini.

Susulan serbuan jelas Zaiham, polis turut merampas tiga komputer riba, sebuah tablet dan sebuah router wifi, dipercayai digunakan ketika memperdaya mangsa secara atas talian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c)  Akta Imigeresen 1956/63.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dengan sebatan, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan trend jenayah komersil yang semakin berleluasa, khususnya penipuan love scam.

“Sindiket love scam ini mensasarkan golongan wanita yang aktif dalam laman sosial seperti Facebook, Telegram dan aplikasi sosial ‘Dating’.

“Orang awam boleh menyalurkan maklumat tentang aktiviti tidak bermoral seperti ini, termasuk dadah atau jenayah lain kepada pihak polis di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. - Getaran, 26 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka