web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tayar Harga Rahmah, Inisiatif Dania Garage Hargai Pelanggan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 8:51PM

Mohd Mustakim Mohd Munawir, 31, berkata, harga tersebut adalah sebahagian daripada penghargaan untuk pelanggan setia Dania Garage

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Akur dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, seorang pemilik bengkel motosikal di sini baru-baru ini nekad meneroka kaedah baharu, demi meringankan beban pengguna.

Tampil menawarkan jualan tayar serendah RM5, pemilik Dania Garage, Mohd Mustakim Mohd Munawir, 31, berkata, harga tersebut adalah sebahagian daripada penghargaan untuk pelanggan setianya.

Menurut beliau, jualan amal sehari pada 20 Mac lalu dikenali sebagai Program Amal Tayar Rahmah itu berjaya mencapai sasaran, apabila dikunjungi kira-kira tiga ribu pemilik motosikal.

Jualan amal sehari pada 20 Mac lalu dikenali sebagai Program Amal Tayar Rahmah itu berjaya mencapai sasaran, apabila dikunjungi kira-kira tiga ribu pemilik motosikal
Jualan amal sehari pada 20 Mac lalu dikenali sebagai Program Amal Tayar Rahmah itu berjaya mencapai sasaran, apabila dikunjungi kira-kira tiga ribu pemilik motosikal

“Sebenarnya jualan amal ini ialah tanda terima kasih kepada semua pelanggan setia, yang tidak pernah jemu menyokong Dania Garage sejak mula ditubuhkan.

“Seiring dengan peningkatan kos sara hidup, harga peralatan dan kelengkapan motosikal turut meningkat, justeru Harga Rahmah yang kami tawarkan ini sedikit sebanyak berupaya membantu meringankan beban pemilik motosikal,” katanya ketika ditemui.

Mohd Mustakim berkata, beliau amat berterima kasih dengan sokongan padu pelanggan, sehingga Dania Garage mampu memiliki tiga cawangan.

“Saya memperuntukkan 1,000 unit tayar pada hari tersebut dan syukur Alhamdulillah, ia laris bagaikan pisang goreng panas.

“Ia melibatkan tayar bersaiz 70/90-17 serta 80/90-17,  yang harga sebenarnya ialah RM60 seunit,” katanya.

Akui Mohd Mustakim, Dania Garage adalah bengkel pertama yang tampil dengan inisiatif tersebut dan beliau tidak menolak kemungkinan akan meneruskan program seumpama itu pada masa akan datang. 

Dania Garage adalah bengkel pertama yang tampil dengan inisiatif tersebut dan beliau tidak menolak kemungkinan akan meneruskan program seumpama itu pada masa akan datang.
Dania Garage adalah bengkel pertama yang tampil dengan inisiatif tersebut dan beliau tidak menolak kemungkinan akan meneruskan program seumpama itu pada masa akan datang.

“Setakat ini memang tidak ada mana-mana tempat menawarkan harga RM5 untuk seunit tayar, hanya di Dania Garage sahaja. Saya memikirkan bahawa pada bulan Mac tahun ini merupakan bulan yang amat mencabar kepada pengguna, kerana sesi persekolahan sudah bermula dan persiapan Aidilfitri pula datang serentak, sekali gus memerlukan perbelanjaan agak tinggi.

“Sebab itu saya tampil menawarkan tayar motosikal Harga Rahmah memandangkan sebahagian besar pemilik motosikal ini adalah golongan B40", katanya.

Dania Garage merupakan bengkel motosikal milik Bumiputera yang berpusat di Sungai Chua di sini.

Bengkel tersebut mula beroperasi pada 2016 dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu dua di Kajang dan satu di Serdang. 

Dania Garage juga amat popular di media sosial khususnya di TikTok dengan jumlah pengikut lebih 506,000. - Getaran, 26 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Jamal Abdillah Jual Daging Lembu Harga Rahmah

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Boleh Dia Cabut Lari, Lepas Langgar Orang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi