web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Tak Mampu Beri Sumbangan Kepada Organisasi Tidak Akan Dilantik - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 7:00AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Kerajaan Perpaduan tidak akan melantik mana-mana individu yang tidak berupaya memberi sumbangan kepada organisasi atau agensi kerajaan yang diketuainya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata semua lantikan adalah berdasarkan garis panduan Kabinet serta mengikut nasihat Perdana Menteri.

"Jangan dilihat hanya kerana seseorang itu memegang jawatan politik khususnya Ahli Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)… ia harus dilihat dari segi latar belakang dan juga kelulusan serta pengalaman seseorang itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelantikan ahli politik bagi memegang jawatan dalam agensi dan organisasi kerajaan.

Mengulas mengenai pelantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ahmad Zahid berkata ia dibuat berdasarkan kepakaran, pengalaman dan kelulusan beliau.

Beliau berkata Asyraf Wajdi bukan hanya seorang ahli politik tetapi juga adalah pegawai bank yang memiliki kepakaran dalam perbankan Islam.

"Rugi kalau ada pengalaman dan kelulusan begitu tetapi kita tidak gunakan untuk sama-sama membangunkan MARA.

“Diharapkan dengan pelantikan itu, beliau dan semua warga KKDW dapat bersama-sama membangunkan MARA," katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut mengesahkan pelantikan Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Datuk Dr Shaik Hussein Mydin sebagai Pengerusi PERDA.

Asyraf Wajdi merupakan Setiausaha Agung UMNO manakala Noraini adalah Ketua Wanita UMNO.

Isu lantikan politik dalam agensi kerajaan timbul selepas Asyraff Wajdi dilantik sebagai Pengerusi MARA, Datuk Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) manakala Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi