web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lawatan PM Ke Arab Saudi: Wisma Putra Tampil Buat Penjelasan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 7:04PM

Wisma Putra tampil membuat penjelasan susulan ‘kontroversi’ lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi baru-baru ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan ‘kontroversi’ lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini, Wisma Putra tampil membuat penjelasan, termasuk menegaskan sesi pertemuan dengan Raja dan Putera Mahkota negara berkenaan, tersenarai dalam dua nota diplomatik diterima Malaysia.

Wisma Putra berkata, pihaknya menerima nota diplomatik itu daripada Kedutaan Besar Arab Saudi, bertarikh 21 Mac lalu.

Menurutnya, nota itu bagi mengesahkan tarikh lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara berkenaan selama tiga hari, bermula 22 Mac lalu.

“(Malah) Kementerian Luar sudah membuat persiapan awal bagi lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi.

“Ini meliputi beberapa siri perbincangan antara kementerian dan Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, termasuk pertemuan serta perbincangan dengan Duta Besar Arab Saudi di kementerian, setelah mendapat cadangan tarikh lawatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tegasnya, penjelasan itu diberikan Wisma Putra susulan isu lawatan Perdana Menteri dimainkan secara negatif oleh kumpulan tertentu.

Tindakan sedemikian, katanya, jelas tidak adil kepada Wisma Putra serta kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Ujarnya, ia kerana perkara yang dibangkitkan lebih bersifat spekulasi dan jauh menyimpang daripada fakta sebenar berhubung lawatan berkenaan.

Isu lawatan Perdana Menteri dimainkan secara negatif oleh kumpulan tertentu jelas tidak adil kepada Wisma Putra serta kerajaan Malaysia dan Arab Saudi - Gambar Fail
Isu lawatan Perdana Menteri dimainkan secara negatif oleh kumpulan tertentu jelas tidak adil kepada Wisma Putra serta kerajaan Malaysia dan Arab Saudi - Gambar Fail

Pada masa sama, Wisma Putra berkata,  sebelum lawatan Anwar, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sudah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya di Arab Saudi semasa lawatan beliau ke Riyadh pada 19 hingga 22 Februari lalu.

Beliau memaklumkan, perbincangan antara kedua-dua pihak menyentuh secara spesifik mengenai lawatan Perdana Menteri dan kesesuaian tarikh serta perancangan hasil (expected deliverables) lawatan.

“Perbincangan tersebut menyerlahkan kesediaan di pihak kerajaan Arab Saudi untuk menerima dan menentukan supaya lawatan rasmi Perdana Menteri berjaya diadakan serta mencapai sasaran ditetapkan,” ujarnya.

Selain itu, Wisma Putra memaklumkan, cadangan tarikh awal untuk lawatan itu diadakan sama ada sebelum atau semasa Ramadan, tidak menjadi isu di pihak Arab Saudi kerana ia sudah dinyatakan dengan jelas semasa perbincangan.

“Kementerian Luar turut dimaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengambil sikap terbuka dan pernah menerima lawatan pemimpin asing dalam bulan Ramadan, termasuk membuat cadangan balas kepada tarikh lawatan seorang pemimpin Malaysia dalam bulan sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, pihaknya menerima nota diplomatik daripada Kedutaan Besar Arab Saudi bertarikh 21 Mac yang mengesahkan tarikh lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara berkenaan.

“Nota Diplomatik serupa turut diterima pada tarikh sama oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh daripada Kerajaan Arab Saudi.

“Kedua-dua nota diplomatik tersebut merujuk kepada Lawatan Rasmi Perdana Menteri pada 22-25 Mac lalu, termasuk program kunjungan hormat dengan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud serta Perdana Menteri Arab Saudi.

“Kedua-dua nota diplomatik tersebut jelas menyatakan kerajaan Arab Saudi mengalu-alukan lawatan tersebut termasuk pelaksanaan ibadah umrah di Makkah dan ziarah di Madinah,” katanya.

Justeru, Wisma Putra turut menjelaskan, nota diplomatik adalah antara komunikasi paling rasmi antara kerajaan dengan kerajaan.

Delegasi Malaysia diberikan taraf tetamu negara penuh, meliputi penyediaan kenderaan, penginapan dan liputan keselamatan oleh Saudi Royal Guard serta pegawai protokol daripada Majlis Diraja Arab Saudi (Royal Court) - Gambar Jabatan Penerangan
Delegasi Malaysia diberikan taraf tetamu negara penuh, meliputi penyediaan kenderaan, penginapan dan liputan keselamatan oleh Saudi Royal Guard serta pegawai protokol daripada Majlis Diraja Arab Saudi (Royal Court) - Gambar Jabatan Penerangan

Secara keseluruhannya, Wisma Putra berkata, program lawatan rasmi Perdana Menteri berjalan dengan lancar bermula dengan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Abdulaziz, Jeddah pada pagi 22 Mac 2023.

Malah, delegasi Malaysia diberikan taraf tetamu negara penuh, meliputi penyediaan kenderaan, penginapan dan liputan keselamatan oleh Saudi Royal Guard serta pegawai protokol daripada Majlis Diraja Arab Saudi (Royal Court).

“Kemudahan taraf tetamu negara ini, turut diperuntukkan semasa pelaksanaan ibadah umrah di Makkah, di mana lebih 50 orang anggota keselamatan mengiringi Perdana Menteri, malah kemudahan tersebut disediakan semasa ziarah di Madinah

“Delegasi Malaysia menerima makluman supaya tempoh lawatan dipanjangkan daripada tempoh asal, bagi mengaturkan sesi kunjungan hormat dan pertemuan dengan kepimpinan tertinggi kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Lawatan Perdana Menteri itu, katanya mencerminkan komitmen Malaysia untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara ke tahap lebih kukuh serta komprehensif.

“Kementerian Luar mengatur urus persiapan awal dan perjalanan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi secara profesional serta berdasarkan prosedur operasi tetap (SOP) bagi lawatan rasmi pemimpin ke luar negara.

“Berdasarkan perjalanan dan hasil lawatan, ia menggambarkan kepentingan hubungan diplomatik dan kerjasama di antara Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi. Malaysia sentiasa menganggap kerajaan Arab Saudi sebagai rakan strategik,” katanya.

Terdahulu, lawatan kerja Anwar selama tiga ke Arab Saudi bermula 22 Mac lalu, mencetuskan kontroversi, selepas pembangkang mendakwa kononnya ia gagal susulan delegasinya seolah-olah tidak diendahkan pemimpin utama negara berkenaan.

Mereka mendakwa kehadiran Anwar dan delegasinya hanya disambut Gabenor Jeddah, bukannya Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota, Mohammed Salman.

Pihak terbabit turut mendakwa tiada pertemuan diadakan antara Anwar dengan kedua-dua pemimpin itu, selain beliau tidak dibawa masuk ke dalam Kaabah yang berbeza dengan layanan diterima beberapa Perdana Menteri Malaysia ketika lawatan ke sana. - Getaran, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Rusuhan Di Bangladesh: Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Suruhanjaya Tinggi

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka