web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mawilla 2 Bantu Bawa Pulang 11 Warganegara Hanyut Ke Perairan Filipina

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 4:32PM

Bot yang dinaiki mangsa terbalik akibat dipukul ombak kuat, dan mereka terpaksa bertahan selama tiga hari dengan hanya duduk di atas bot yang terbalik itu bagi menyelamatkan diri. - Gambar hiasan dari Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya membantu membawa pulang 11 warganegara Malaysia selepas bot dinaiki mereka terbalik dan hanyut ke perairan Filipina.

Dalam kenyataan di sini hari ini Mawilla 2 berkata seorang daripada warga Malaysia yang diselamatkan, Siti Naun Osman, 25, memberitahu kejadian berlaku semasa beliau bersama 10 lagi mangsa iaitu lima wanita, dua lelaki dan tiga kanak-kanak dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Semporna pada sebelah malam 29 Mac lepas.

Menurut kenyataan itu, bot yang dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak yang kuat, dan mereka terpaksa bertahan selama tiga hari dengan hanya duduk di atas bot yang terbalik itu bagi menyelamatkan diri.

"Bilik operasi Mawillam2 menerima maklumat daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu memaklumkan sebuah kapal dagang Tomini Dynasty telah menjumpai 11 orang warganegara Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina," kata kenyataan itu.

Kapal Diraja (KD) Paus, yang sedang melaksanakan Operasi Pasir Selatan di sekitar Perairan Tanjung Labian, diaturgerakkan ke kapal dagang itu di posisi sekitar lapan batu nautika Selatan Tanjung Labian bagi mengambil kesemua mangsa yang terlibat.

KD Paus telah membawa mereka ke Pulau Tambisan dan diserahkan kepada Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Bukan Kereta Aja Yang Boleh Hanyut, Tong Gas Pun Boleh!

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Macam Ni Baru Sahabat Dunia Akhirat, Jatuh Pun Sesama!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global