web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Di Perlis Hanya Acara Santai, Bukan Ceramah Agama - Wadi Annuar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 5:19PM

Ustaz Wadi Annuar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program solat Tarawih dihadiri penceramah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Perlis kelmarin hanyalah satu acara berbentuk santai yang tidak memerlukan sebarang tauliah daripada kerajaan negeri.

Menjelaskan kedudukan sebenar, Wadi menerusi satu kenyataan rasmi hari ini memaklumkan, program terbabit diadakan di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Perlis.

Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh penganjur bahawa program terbabit adalah acara sembang santai bersama masyarakat setempat.

“Pada majlis itu, saya ditanya beberapa soalan berkaitan perkembangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya.

“Saya juga ditanya mengenai keadaan terkini ibadat umat Islam di Mekah dan Madinah dan beberapa kupasan isu semasa,” katanya.

Atas faktor itu jelas Wadi, beliau menerima jemputan berkenaan yang diadakan di premis persendirian dan tidak memerlukan tauliah agama negeri.

“Untuk makluman semua, saya Ustaz Wadi Annuar tidak pernah dipelawa memohon tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar.

“Saya juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) sebelum ini seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya.

Mengulas lanjut Wadi berkata, beliau pada 29 Mac lalu menerima surat perintah untuk menghadiri sesi siasatan oleh JAIPs bertarikh 7 April 2023. 

“Disebabkan kekangan masa dan jadual program yang padat, maka saya sendiri yang memohon untuk mengubah tarikh hadir siasatan pada 17 April 2023 dan diterima oleh pihak berkenaan.

“Saya juga menjunjung perintah DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan tidak pernah mempersendakan peraturan yang dititahkan oleh DYMM Raja Perlis,” katanya.

Penceramah kegemaran itu juga meluahkan harapan agar kenyataan rasmi dikeluarkannya ini berupaya menjawab segala kekeliruan yang timbul.

“Saya harap ia dapat memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini dipetik sebagai berkata, program berkenaan dianjurkan tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Mohd Asri berkata, Wadi dan penganjur akan berdepan satu proses tindakan undang-undang secara sivil dan syariah selepas keterangannya diambil oleh JAIPs pada 17 April nanti. - Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin

4

Semasa 11 bulan yang lalu

MAIS Selar Kenyataan Ahmad Dusuki

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka