web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Bas Guna Telefon Bimbit Sambil Memandu Diarah Serah Diri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 8:55PM

Sikap tidak bertanggungjawab pemandu terbabit telah dirakam seorang penumpang yang kemudian bertindak menyebarkan video terbabit di media sosial. - Gambar tangkap layar Twitter @jnmalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas yang dirakam memandu sambil menggunakan telefon bimbit diminta menyerah diri pada kadar segera.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, sikap tidak bertanggungjawab pemandu terbabit telah dirakam seorang penumpang yang kemudian bertindak menyebarkan video terbabit di media sosial.

Menurut beliau, video berdurasi 21 saat itu dengan jelas memaparkan lelaki tersebut leka menggunakan telefon bimbit sambil memandu di lorong kanan.

“Tular di media sosial Tiktok berkenaan satu video yang berdurasi 0.21 minit memaparkan seorang pemandu bas sedang menggunakan telefon semasa memandu. 

“Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya hari ini.

Mat Kasim berkata, maklumat diperoleh JSPT mendapati, nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM9815.

“Kenderran berkenaan dimiliki syarikat KPB dan ketika kejadian, bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.

“JSPT menggesa pemandu bas ini segera menyerah diri ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat akan kejadian ini, boleh sama-sama menyalurkan kepada JSPT melalui FB messenger dan email terus ke protrafik_ba@rmp.gov.my,” katanya. - Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas ‘Main’ Telefon Bimbit Ada 13 Saman – JPJ

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Nicky Liow Menyerah Diri Selepas Setahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad