web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sediakan Hidangan Banyak Minyak, Video Masakan Khairul Aming Ditegur Pakar!

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 1:09PM

Hidangan sambal hijau dan telur dadar yang mendapat teguran daripada Dr Rafidah Abdullah. - Gambar dari Twitter @khairulaming

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kreativiti dipamerkan selebriti media sosial, Khairul Aming dalam menyediakan juadah berbuka puasa nampaknya berhasil meraih perhatian pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah.

Perhatian itu bagaimanapun datang dalam bentuk teguran, apabila beliau menyarankan usahawan muda itu menyediakan hidangan yang tidak terlalu berminyak.

“Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. 

“Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK (Terima Kasih),” ciapnya di Twitter.

Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap video masakan Khairul Aming semalam, yang menampilkan dua jenis masakan iaitu sambal hijau dan telur dadar sebagai juadah berbuka puasa atau bersahur.

Sesuai penyediaan yang memerlukan kesemua bahan ditumis sehingga garing, sambal hijau berkenaan dilihat menggunakan kuantiti minyak yang agak banyak.

Cara sama digunakan selebriti masakan itu ketika menyediakan telur dadar, dipercayai bagi mendapatkan hasil gorengan telur yang garing tetapi gebu di dalam. 

Ciapan Dr Rafidah itu pantas meraih reaksi netizen, yang majoriti melahirkan rasa kurang senang dengan ciapan tersebut.

Dr Rafidah Abdullah -  Gambar dari twitter
Dr Rafidah Abdullah - Gambar dari twitter

Sejumlah besar mereka berpendapat, beliau wajar memeriksa terlebih dahulu makanan disediakan di kantin atau kafe hospital, termasuk di fasiliti milik kerajaan.

“Unfair la mcm ini Doc (Dr).,Sembang tentang masalah rakyat Malaysia ini, pernah doc survey cafeteria2 hospital kerajaan jual makanan yang bagaimana? 

“Kalah level minyak & gula dalam makanan KA ini. Kalau cafeteria hospital sendiri tak boleh sajikan makanan sihat jgn hukum orang awam,” kata @weareulatbulus.

Pendapat senada disuarakan @AfifAimi2 yang berpengalaman menjaga ibunya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) ketika sakit.

“Setuju ! I was taking care of my sick mom at HUSM, none of the shops there selling healthy foods. Banyak jual junk foods. 

“In hospital itself kene promote healthy meals untuk dijual kepada patients, penjaga and pelawat. Its time to change,” ciapnya.

Khairul Aming - Gambar dari Twitter
Khairul Aming - Gambar dari Twitter

Pengguna, @min_ahmad89 turut mengakui kebenaran mengenai kualiti makanan yang dijual di kafeteria hospital.

“Betul. Kafeteria hospital kalau pergi makan, menu lauk pauk x kira pagi atau tengahari, minyak berenang2 banyaknya,” ciapnya.

Seorang lagi netizen yang menggunakan akaun @Rinsy_Chan pula menyifatkan teguran dibuat Dr Rafidah sebagai tidak adil kerana menjadikan Khairul Aming sebagai rujukan.

Jelasnya, pelbagai video masakan telah dikongsi di media sosial dan tidak seharusnya hanya Khairul Aming dijadikan sasaran. 

“Unfair sbb qrt owner video dan petik KA terang lagi bersuluh. Ramaiiiii lagi buat video masak2 selain KA unfair la kan 

“Sepatutnya tegur secara peribadi, dan jadikan teguran itu sebagai cadangan utk KA, boleh dpt byk content kan KA,” ciapnya.

Barangkali menyedari ciapannya telah mengundang salah faham netizen, Dr Rafidah kemudian tampil memohon maaf.

“Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap yang saya menuduh En Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia. Dua ayat terakhir saya sepatutnya di para yg lain. 

“Walaubagaimanapun, harapan saya video2 atau content2 mana2 influencer ada tertera kandungan kalori.

Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda. Tapi saya perlu memberi pendapat professional saya tentang apa yang saya lihat. 

“Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai,” katanya. - Getaran, 2 April 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka