web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Antarabangsa Tembusi Bank Tempatan, PM Perlu Lantik Kepimpinan Baharu BNM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Apr 2023 5:31PM

Anwar Ibrahim digesa melantik kepimpinan baharu Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan ia selari dengan usaha kerajaan memerangi rasuah. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa melantik kepimpinan baharu Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan ia selari dengan usaha kerajaan memerangi rasuah.

Penasihat Buruh Antarabangsa di Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’Angelus berkata, pelantikan itu harus seiring dengan agenda reformasi digerakkan Perdana Menteri, agar segala usaha yang sedang diambil beliau tidak terhalang.

Menurut beliau, BNM sudah terlalu lama ‘tidur’, tanpa memainkan peranan dan fungsi sebenar mereka, iaitu bank pusat negara.

“Perdana Menteri kini sedang mengetuai serangan bagi membasmi amalan rasuah dan kelemahan tadbir urus yang sudah menerajui negara sejak berdekad lalu.

“Justeru, beliau perlu campur tangan serta melakukan transformasi ke atas pengurusan BNM kerana bank berfungsi sebagai asas kepada sistem ekonomi mana-mana negara,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 16 Mac lalu bahawa lima bank utama di negara ini sedang berada di bawah pemerhatian suruhanjaya berkenaan kerana dipercayai digunakan sindiket penipuan antarabangsa.

Berita Harian yang memetik kenyataan sumber melaporkan, kesemua bank terbabit digunakan untuk melakukan transaksi pemindahan wang mangsa yang ditipu sehingga RM1 juta sehari.

Menurut sumber, peranan kelima-lima bank terbabit terdedah susulan kejayaan Operasi Tropicana. 

Menerusi operasi tersebut, sekurang-kurangnya 20 petugas bank terbabit termasuk juruaudit dan pegawai kaunter hadapan, dipercayai berperanan memudahkan sindiket membuka akaun.

Kesemua akaun itu kemudiannya kemudian digunakan oleh sindiket untuk mengutip wang tunai yang didepositkan oleh mangsa penipuan.

Siasatan SPRM juga mendapati, majoriti mangsa terdiri daripada rakyat Australia dan United Kingdom.

‘Kerjasama’ diberikan semua petugas terlibat membolehkan sindiket meraih keuntungan sehingga RM200 juta hanya dalam tempoh tiga bulan.

Petugas berkenaan juga diberikan ganjaran antara RM1,000 hingga RM2,000 untuk setiap akaun bank yang berjaya dibuka sindiket.

Dalam perkembangan berkaitan, Callistus berkata, kegagalan Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus meletakkan lima bank terbabit di bawah siasatan menunjukkan ketidakcekapan ketara di pihak BNM, sekali gus mencerminkan rasuah sistemik dan kurangnya tadbir urus yang betul di negara ini.

“Nor Shamsiah dilaporkan menyatakan bahawa lima bank itu tidak disiasat dan tumpuan diberikan ke atas semua pekerja terbabit. 

“Tidak dapat dinafikan bahawa individu terbabit perlu disiasat dan didakwa secara jenayah mengikut kesesuaian.  Untuk mengehadkan siasatan ke atas hanya pekerja-pekerja terlibat umpaka mengabaikan punca sebenar kejadian,” katanya.

Tegas beliau, sindiket penipuan antarabangsa boleh menembusi sistem perbankan kerana disebabkan pematuhan yang tidak cekap, pengurusan risiko dan mekanisme kawalan bank terbabit. 

“BNM harus memainkan peranan secara langsung bagi menyiasat bank, dan mendedahkan hasil siasatan kepada orang ramai. 

Akauntabiliti harus berada di peringkat tertinggi bank yang terlibat iaitu di pejabat Ketua Pegawai Eksekutif.

“Bank dan sistem kewangan secara keseluruhan adalah penjaga dana awam. Hubungan fidusiari adalah dengan rakyat Malaysia, dan ini tidak boleh dilupakan atau dipandang ringan,” tegasnya.

Callistus menarik perhatian, krisis ekonomi Asia Timur pada akhir 1990an, krisis kewangan global 2008, dan baru-baru ini kegagalan Silicon Valley dan Signature Banks di Amerika Syarikat (AS) adalah contoh apabila krisis perbankan atau monetari membawa kepada krisis ekonomi. 

“Sebenarnya, dalam semua krisis seperti ini yang rugi bukanlah bank, tetapi rakyat biasa,” katanya. - Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad