web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarik Balik Keputusan Pengecualian Cecair Nikotin Daripada Akta Racun - Pemuda UMNO

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 8:17PM

Keputusan tersebut adalah tindakan tidak wajar dan kurang bijak dilakukan kerajaan ketika ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyarankan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menilai semula dan menarik balik keputusan mengeluarkan cecair vape mengandungi nikotin daripada senarai Akta Racun 1952.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, keputusan tersebut adalah tindakan tidak wajar dan kurang bijak dilakukan kerajaan ketika ini.

Menurut beliau, KKM perlu meluluskan Rang Undang- Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 terlebih dahulu sebelum melaksanakan keputusan tersebut.

“Mengeluarkan cecair vape yang mempunyai nikotin dari Akta Racun 1952 supaya ia boleh dikenakan cukai semata-mata, bukanlah satu tindakan yang wajar dan bijak ketika ini.

“Benar sebelum ini, kesemua cecair vape tidak dapat dikenakan cukai atas sebab cecair vape yang mengandungi nikotin ini berada di dalam senarai Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Akmal Saleh - Gambar fail
Dr Akmal Saleh - Gambar fail

Beliau berkata, implikasi keputusan itu terhadap kesihatan rakyat dalam jangka masa panjang jauh lebih penting daripada keuntungan diperoleh hasil pungutan cukai ke atas cecair tersebut.

“Justeru, keputusan ini perlu dinilai dan ditarik semula sehingga RUU Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang akan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) terhadap rokok dan vape membabitkan individu lahir selepas 2007 supaya kesan buruk jangka masa panjang terhadap kesihatan rakyat dapat dikurangkan.

“Rasional terhadap cadangan ini adalah Akta GEG perlu dilaksanakan terlebih dahulu barulah kerajaan wajar mengeluarkan cecair vape bernikotin ini dari Akta Racun 1952 agar cukai yang tinggi boleh dikenakan ke atas pengguna bukan dalam generasi penamat untuk mengurangkan kadar penggunaan vape dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal berkata, penarikan cecair yang mengandungi nikotin dari Akta Racun 1952 seolah-olah lesen besar membenarkan rakyat Malaysia tanpa mengira umur untuk mengambil nikotin tanpa sebarang bentuk garis panduan.

“Kebimbangan kami sekiranya tiada garis panduan yang jelas, ia memberikan kesan yang besar khususnya kepada golongan muda untuk terdedah kepada pengambilan nikotin tanpa kawalan.

“Jadi kami berpendirian tegas agar cadangan tersebut dapat dipertimbangkan secara serius oleh KKM,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan sudah menyerahkan surat membantah keputusan itu dan cadangan yang perlu dilaksanakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Terdahulu, Getaran melaporkan cukai baharu bagi rokok elektronik (e-rokok) dan vape dengan nikotin akan dikenakan pada kadar 40 sen setiap milimeter (ml) mulai semalam.

Menurut notis warta kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan kelmarin, nikotin dalam gel dan cecair yang digunakan dalam produk tersebut telah dikeluarkan daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Warta tersebut yang mengecualikan nikotin dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai racun, ditandatangani Dr Zaliha dan disiarkan di laman sesawang Perundangan Persekutuan.

Warta pada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023, menyatakan bahawa nikotin, “digunakan untuk merokok melalui e-rokok dan alat pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel”, dikecualikan daripada senarai racun.

Turut dikecualikan ialah tembakau dan nikotin dalam “bentuk tampalan atau gula-gula getah untuk digunakan sebagai bantuan berhenti merokok”.

Sebelum ini, nikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi.

Sementara itu, mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, satu akta baharu perlu digubal terlebih dahulu bagi memastikan sebarang risiko yang berpunca daripada produk itu dapat diatasi sekiranya pengecualian dibuat.

Jelas beliau, meskipun pentadbiran lalu berhasrat mengenakan cukai terhadap produk cecair vape, ia tidak menandatangani warta untuk mengeluarkannya daripada jadual Akta Racun 1952.

“Pendirian saya dan KKM sebelum ini, adalah mesti ada akta baharu untuk sambut tindakan itu.

“Jika tidak ada akta baharu, berlaku lacuna (kelompongan) dalam undang-undang kerana vape tidak dapat dikawal langsung.

“Disebabkan itu kami bawa Akta Kawalan Merokok, tetapi tak sempat diluluskan,” katanya menerusi ciapan di Twitter, malam tadi.

Selain itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Prof Amrahi Buang berkata, pihaknya tidak melihat terdapat keperluan untuk mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 sebelum RUU baharu itu diluluskan.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh KKM ketika ini memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat terutamanya kanak-kanak. - Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad