web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Bas ‘Main’ Telefon Bimbit Ada 13 Saman – JPJ

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 8:34PM

Ia termasuk satu saman yang baharu dikeluarkan atas kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan pemandu bas dalam rakaman yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, ia termasuk satu saman yang baharu dikeluarkan atas kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Katanya, pemandu terbabit juga boleh dikenakan tindakan penggantungan lesen memandu.

“JPJ melalui Unit Pemeriksaan dan Kawalan Kenderaan Perdagangan (UPKKP), Bahagian Penguatkuasa JPJ Pulau Pinang telah mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan notis saman terhadap pemandu bas berkenaan.

“Notis JPJ P22 telah dikeluarkan kepada pemandu terbabit kerana melakukan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zailani berkata, pihaknya telah menyiasat dan mengenal pasti bahawa pemandu yang membawa bas milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan kesalahan serius dan berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya,” katanya.

Susulan insiden itu, beliau ingin menasihati semua pemandu dan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

Malah katanya, pihak syarikat juga perlu memantau rapi pemandu kenderaan masing-masing supaya lebih berhemah dan beretika ketika memandu supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang demi keselamatan semua. 

Semalam, media melaporkan polis sudah mengambil keterangan pemandu bas berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, pemandu bas berkenaan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi membantu siasatan. 

Katanya, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati lelaki tersebut bebas daripada pengaruh dadah. - Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

2

Semasa 4 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Semasa 5 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

4

Semasa 6 bulan yang lalu

JPJ Perkenal E-Testing Bermula April - Anthony Loke

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad