web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengerusi SKMM Tak Pernah Hantar Emel Tawar Bantuan Pindah Hadiah Kemenangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 5:40PM

Jurucakap SKMM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan emel yang tidak ditentukan kesahihannya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan Pengerusinya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din menghantar emel kepada orang ramai berhubung tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan berupa wang tunai.

Jurucakap SKMM menerusi satu kenyataan hari ini mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan emel yang tidak ditentukan kesahihannya.

“SKMM ingin menegaskan, Pengerusi SKMM tidak pernah menghantar sebarang emel kepada orang awam, berhubung tawaran bantuan untuk memindahkan hadiah kemenangan berupa wang tunai sebanyak RM270,000 daripada syarikat Telekom Malaysia kepada akaun bank individu penerima emel tersebut.

“Elakkan daripada memberikan butiran peribadi seperti maklumat perbankan internet dan maklumat kad pengenalan kepada individu tidak dikenali,” katanya.

Pada masa sama, SKMM turut menggesa orang ramai segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997, sekiranya mereka membuat transaksi perbankan kepada mana-mana akaun yang dikatakan untuk tujuan yuran pemprosesan, sebelum hadiah kemenangan tersebut boleh dituntut.

Pada 7 Januari lalu, SKKM pernah mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang emel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus ditawarkan sebuah syarikat telekomunikasi.

Emel atau mesej terbabit antara lain mendakwa, hasil pemantauan dijalankan Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati, mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi belum diselesaikan dengan Maybank, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM.

Selain itu, kandungan emel tersebut juga menjelaskan, transaksi dengan Maybank adalah sah dan mereka boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut.

Susulan perkara itu, SKMM mengingatkan orang ramai supaya tidak memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor kad pengenalan kepada individu tidak dikenali.

“Kewaspadaan orang ramai adalah penting dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah lain.

“Segera laporkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk perhatian dan tindakan susulan,” katanya. – Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad