web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Pelan Unjuran 5 Hingga 10 Tahun Selesai Isu Petugas Kesihatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Apr 2023 9:00PM

Dr Muruga berkata, pelan unjuran itu penting supaya ia mencapai sasaran yang ditetapkan dalam sektor penjagaan kesihatan negara. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan kerajaan perlu ada pelan unjuran lima hingga 10 tahun mengenai sumber manusia dalam sektor kesihatan awam susulan kemasukan kira-kira 3,000 graduan perubatan ke dalam sistem itu saban tahun.

Presidennya, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, pelan unjuran itu penting supaya ia mencapai sasaran yang ditetapkan dalam sektor penjagaan kesihatan negara.

“Pelan itu hendaklah merangkumi bilangan doktor, pakar, ahli farmasi, ahli radiologi, kakitangan penjagaan kesihatan bersekutu dan kakitangan penjagaan kesihatan yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, MMA sudah membangkitkan perkara itu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi masih belum mendapat maklum balas mengenainya.

Susulan itu, katanya, mungkin terdapat keperluan untuk suruhanjaya kesihatan melakukan perancangan untuk mengambil dan mengurus tenaga kerja penjagaan kesihatan awam serta gajinya kerana keperluan dalam sektor tersebut amat berbeza daripada jabatan kerajaan yang lain.

“Jumlah penduduk semakin bertambah dan begitu juga dengan keperluan penjagaan kesihatan. Untuk menubuhkan suruhanjaya itu, pembaharuan tertentu diperlukan dalam pembiayaan penjagaan kesihatan dan sumber manusianya,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga mungkin perlu menyemak pengambilan pelajar perubatan untuk memadankan bekalan dengan permintaan perkhidmatan doktor pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Dr Muruga Raj berkata, pihaknya menyambut baik usaha kerajaan untuk menyediakan sebanyak 4,300 jawatan tetap diberikan kepada doktor kontrak pada tahun ini.

Semalam, kerajaan memberi jaminan isu lantikan tetap doktor kontrak akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyerapan itu perlu dilaksana secara berperingkat selepas mengambil kira implikasi kewangan ditanggung kerajaan jika ia diselesaikan secara sekali gus.

Katanya, bagi tahun ini, seramai 4,300 daripada 20,333 doktor kontrak yang akan diserap ke jawatan tetap.

Anwar berkata, kerajaan memahami perkara itu adalah isu lama yang berlarutan, justeru memberi jaminan akan menanganinya sebaik mungkin selain menambah baik peluang latihan kepakaran dan garis panduan sedia ada.

Katanya, meskipun pelantikan tetap doktor kontrak sedang ditangani, Kementerian Kesihatan (KKM) juga pada masa sama akan terus membuat pelantikan kontrak bagi tujuan ‘housemanship’ yang turut memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen KKM setiap tahun. - Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Surat Terbuka Daripada MMA Kepada Ahli-Ahli Parlimen

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Bintang Tinju MMA Amber Leibrock Peluk Islam, Percaya Islam Beri Ketenangan

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

McGregor Berpelukan Dengan Khabib, Drama Apakah Ini?

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penggantian Segera Untuk Kekosongan Jawatan Doktor Kontrak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah