web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Umum Bantuan Khas Kewangan, Guru KAFA Turut Terima Manfaat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:23AM

Chow Kon Yeow - Gambar The Vibes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua penjawat awam di Pulau Pinang bakal menerima bantuan khas kewangan (BKK) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang diadakan semalam bersetuju meluluskan pemberian BKK sebanyak 0.75 gaji bulanan atau minimum RM1,500.

Menurut beliau, BKK berkenaan akan mula dibayar pada 17 April nanti.

“Ia turut dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.  

“Sebagai tambahan, BKK berjumlah RM300 setiap seorang juga akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran serta Fardu Ain (KAFA),” katanya hari ini.

Kon Yeow berkata, turut menerima bantuan RM300 itu ialah guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), guru tahfiz, pondok dan tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina di negeri berkenaan.

“Selain sebagai persediaan menyambut Syawal tahun ini, BKK yang dianggarkan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM10.95 juta kepada kerajaan negeri ini adalah tanda penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri.

“Ini bagi meraikan atas sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan pentadbiran negeri berada pada landasan yang tepat untuk merealisasikan Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bantuan berjumlah RM700 itu akan mula dibayar bulan ini.

Menurut beliau, sebanyak RM350 juta juga diperuntukkan kepada pesara kerajaan, bagi tujuan sama.

Susulan pengumuman itu, beberapa negeri tidak lama kemudian turut mengumumkan bantuan sama untuk penjawat awam masing-masing, antaranya Pahang dan Selangor. - Getaran, 6 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad