web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hina Institusi Diraja, Tuk Chik Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 12:48PM

Suspek melakukan perbuatan itu menerusi akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Tuk Chik’. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara menghina institusi Diraja, seorang lelaki tempatan diberkas pihak berkuasa, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditangkap di sekitar Pendang, Kedah.

Menurut beliau, suspek disyaki membuat hantaran yang mengandungi elemen menghina institusi Diraja.

“Semua hantaran itu dimuatnaik dalam bentuk status di Facebook.

“Suspek melakukan perbuatan itu menerusi akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Tuk Chik’,” katanya hari ini.

Susulan tangkapan Noorsiah berkata, suspek direman di bawah Seksyen 11 Kanun Tatacara Jenayah, bermula hari ini hingga Ahad. 

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Suspek juga turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit ke jalan yang salah, sehingga menggugat keharmonian negara. 

“Ini terutamanya bagi kandungan yanc melibatkan isu 3R (Rulers, Religion, Race).

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. - Getaran, 6 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari ATM Ke-90, Semoga Terus Disegani, Dihormati

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penganggur Buat Komunikasi Jelik Terhadap Sultan Selangor Kena Penjara, Denda

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini