web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengambilan Guru Prasekolah Perlu Patuhi Syarat KPM, Kelayakan Minimum Diploma

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 2:47PM

Syarat tersebut yang mula diperkenal sejak 2017 selari dengan sasaran ditetapkan kementerian. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengambilan guru prasekolah oleh semua agensi pelaksana perlu memenuhi syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri, Lim Hui Ying berkata, syarat tersebut yang mula diperkenal sejak 2017 selari dengan sasaran ditetapkan kementerian, iaitu mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya diploma dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK).

Menurut beliau, sasaran berkenaan juga selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 April 2016 telah bersetuju supaya KPM memberi keutamaan kepada guru prasekolah yang mempunyai kelayakan akademik pada tahap DPAKK,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr Nelson Renganathan di Dewan Negara, di sini hari ini.

Nelson dalam soalannya antara lain memohon penjelasan KPM, berhubung  kewajipan untuk guru prasekolah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya diploma dalam bidang tersebut.

Beliau juga ingin tahu, apakah Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia diiktiraf bagi tujuan tersebut.

Mengulas lanjut Hui Ying berkata, KPM telah menawarkan Program Diploma Pendidikan (PDP) Prasekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara kepada guru tadika swasta yang sedang berkhidmat.

“Kursus selama dua tahun ini dilaksanakan secara pembelajaran teradun (blended learning) bagi memastikan perkhidmatan guru tersebut tidak terjejas sepanjang mengikut program ini,” katanya.

KPM jelas beliau lagi, turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk bersama-sama meneliti kandungan DKM iaitu program pengajian kendalian jabatan tersebut. 

“Antara perkara yang diteliti adalah kesesuaian kandungan pedagogi DKM untuk dipraktikkan di prasekolah KPM atau tadika swasta yang berdaftar dengan KPM,” katanya. - Getaran, 6 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad