web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Al-Aqsa Diserang Lagi, Semua Umat Islam Perlu Bersatu - Mohamad

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 4:55PM

Mohamad berkata, kezaliman rejim Israel ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa adalah perkara ulangan yang berlaku hampir setiap tahun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua umat Islam dan penduduk Liga Arab perlu bersatu menolak kewujudan Israel dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kezaliman rejim Israel ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa adalah perkara ulangan yang berlaku hampir setiap tahun.

Menurut beliau, sikap umat Islam dan kaum Arab yang tidak pernah bersatu menentang kezaliman Zionis adalah punca Palestin terus dijajah.

“Negara Arab sendiri berlumba-lumba mengiktiraf kewujudan negara haram Israel itu.

“Keganasan Israel adalah kerana sikap orang Islam dan orang Arab itu sendiri yang tidak peduli hal kezaliman menimpa penduduk Palestin, khasnya kepada umat Islam yang sedang bersolat di Masjid Al-Aqsa,” katanya hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan demikian sebagai mengulas serangan dilancarkan tentera Zionis ke atas penduduk Palestin yang sedang bersolat di Masjid Al-Aqsa.

Serangan berlaku semalam itu adalah yang kedua berturut-turut dan mencederakan 12 rakyat Palestin, manakala ratusan lain ditahan.

Media melaporkan, rejim Zionis tersebut menyerbu Dewan Solat Al-Qibli selepas solat tarawih sambil melempar bom tangan dan memukul jemaah.

Awal pagi semalam, polis Israel terlebih dahulu menyerang jemaah di dalam dewan solat dan menahan sekitar 350 daripada mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Kementerian Luar berkata, Malaysia mengutus keras serangan terbabit, yang jelas menyalahi undang-undang serta mencabuli hak asasi penduduk Palestin.

Jurucakap itu berkata, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendesak rejim Israel supaya bertanggungjawab.

“Mereka perlu segera membebaskan semua tahanan Palestin,” katanya. - Getaran, 6 April 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka