web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilik Crackhouse Comedy Club Kemuka Representasi Kedua Gugur Tuduhan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:45PM

Mohamad Rizal hadir di mahkamah hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Van Geyzel hari ini mengemukakan representasi kedua bagi menggugurkan tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum dalam aplikasi media sosial yang dihadapinya.

Peguam M Pravin mewakili Mohamad Rizal memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen N Priscilla bahawa surat representasi diserahkan hari ini kerana terdapat perkembangan baharu yang sangat penting dalam usaha menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya.

“Sehubungan itu, pihak kami mohon perbicaraan kes ini bermula pada Jun manakala tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu pada 14 April dan 2, 3 serta 22 Mei ini dilapangkan, sementara menunggu keputusan representasi.

“Pihak kami juga akan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sementara  pasport antarabangsa anak guam bagi membolehkannya menunaikan umrah pada 15 hingga 30 Mei ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman berkata pihaknya memerlukan tempoh masa sebulan untuk mengkaji representasi tersebut dan menyerahkannya kepada pihak atasan.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Mei untuk keputusan representasi serta melapangkan tarikh perbicaraan sebelum ini dan menetapkan tarikh baharu perbicaraan pada 1 serta 2 Jun ini.

Pada 20 Januari lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan Mohamad Rizal pada 12 Dis tahun lepas bagi menggugurkan tiga pertuduhan tersebut.

Mohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Rizal van Geyzel, Instagram ‘rizalvangeyzel’ dan TikTok ‘rizalvangeyzel’, antara 4 hingga 6 Julai 2022.

Ketiga-tiga hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lepas.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'