web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawapan Saya Selaras Fakta, Ia Sudah Dijelaskan Di Dewan Rakyat - Azalina

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 7:08AM

Azalina Othman Said juga sudah meminta supaya Tetuan Shafee & Co mengemukakan permohonan rasmi terus kepada SPRM, sekiranya berhasrat untuk mendapatkan hasil siasatan pihak SPRM berkenaan perkara ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahankan tindakannya memberi jawapan balas kepada pihak peguam mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan kes Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali.

Beliau berkata, surat dikemukakan kepada pihak peguan Najib, Tetuan Shafee & Co itu adalah selaras dengan jawapan dikemukakannya berhubung perkara berkenaan di Dewan Rakyat.

Katanya, jawapan itu juga adalah selaras dengan fakta yang beliau sedia maklum berkenaan perkara terbabit dalam melaksanakan tanggungjawabnya selaku anggota pentadbiran kepada Parlimen.

“Saya juga sudah meminta supaya Tetuan Shafee & Co mengemukakan permohonan rasmi terus kepada SPRM, sekiranya berhasrat untuk mendapatkan hasil siasatan pihak SPRM berkenaan perkara ini.

“Sepertimana yang saya tegaskan sebelum ini di Dewan Rakyat, apa-apa perkara berkaitan ini adalah di bawah bidang kuasa Badan Kehakiman.

“Kerajaan sentiasa menghormati dan terus berpegang kepada prinsip doktrin pengasingan kuasa,” katanya.

Azalina berkata, pada 23 Februari lalu, beliau juga sudah memberikan jawapan secara lisan di Dewan Rakyat bagi soalan dibangkitkan Ahli Parlimen Tenggara dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor mengenai isu kebocoran penyiasatan SPRM berkaitan kes Hakim Mohd Nazlan serta hasil siasatan suruhanjaya itu.

Katanya, dalam jawapan berkenaan, beliau sudah menjelaskan bahawa SPRM melalui surat bertarikh 21 Februari lalu, memaklumkan bahawa satu laporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan dikemukakan pada tarikh sama kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata, laporan itu berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009.

“Saya juga sudah memaklumkan dalam Dewan Rakyat bahawa perkara ini juga tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara, selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, tular salinan surat didakwa berkaitan laporan penuh SPRM terhadap Mohd Nazlan, dipercayai daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Tengku Maimun, bertarikh 20 Februari lalu.

Surat itu berkaitan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, susulan pendedahan SPRM baru-baru ini, bahawa Mohd Nazlan didakwa melanggar kod etika kehakiman dalam mengetuai kes SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam surat itu, Azalina memberitahu peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa SPRM pada 21 Februari lalu sudah membentangkan laporannya mengenai Mohd Nazlan kepada Tengku Maimun berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang itu.

Difahamkan, surat Azalina bertarikh 20 Mac adalah jawapan kepada tiga soalan Shafee berhubung siasatan SPRM terhadap Nazlan.

Malah media melaporkan, surat berkenan tular beberapa hari selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk membuat semakan ke atas sabitan dan hukuman dikenakan terhadap beliau.

Pada 24 Februari lalu, panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tengku Maimun dilaporkan berkata, SPRM tidak mengikut protokol ketika menjalankan siasatan terhadap Mohd Nazlan.

Tengku Maimun dalam penghakimannya berkata, agensi penyiasatan seperti SPRM perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim mahkamah atasan.

Pada Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC.

Justeru, mantan Presiden UMNO itu dikenakan humuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta. – Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini