web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mungkinkah 1 Syawal Jatuh Hari Jumaat, 21 April?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 1:36PM

Sebelum ini, JAKIM dalam kenyataannya, berkata cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaklumkan negara-negara Islam dijangka mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April ini.

Menurut portal Time Out Dubai, beberapa negara di Asia termasuk Australia bagaimanapun mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleksop khas.

Bagaimanapun lapor portal itu, beberapa negara Islam lain mungkin dapat melihat anak bulan pada tarikh berkenaan.

Susulan itu, katanya, kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama sambutan Aidilfitri.

Pada tahun ini, Ramadan bermula pada hari Khamis, 23 Mac.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan kenyataan yang dibuat pihak tertentu berhubung penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H /2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan berkenaan.

JAKIM menerusi perkongsian di Facebok rasminya, menasihati semua pihak agar menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini, yang dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan Majlis Raja-Raja

Pemberitahuan hari akhir Ramadan 1444H yang disebarkan menerusi media sosial menunjukkan pada 20 April manakala 1 Syawal pada 21 April.

Paparan itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sebelum ini, JAKIM dalam kenyataannya, berkata cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.

Untuk rekod, pada tahun lalu, sambutan Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia dijangkakan pada 3 Mei bersamaan hari Selasa, bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran langsung khas di media arus perdana, mengumumkan tarikh hari Raya adalah pada 2 Mei, iaitu Isnin. - Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang