web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 Perlu Dikaji, Keputusan Dibuat Harus Bebas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 8:52PM

Kehilangan keyakinan terhadap institusi kehakiman akan melemahkan sistem keadilan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 perlu dikaji semula dengan pindaan berkaitan, agar keputusan yang dibuat bebas daripada sebarang dorongan eksekutif.

Jurucakap Yayasan Sinar Untuk Malaysia berkata, kajian dan pindaan tersebut adalah kritikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat, sekali gus memastikan keadilan untuk mereka terus terpelihara.

Menurut beliau, kehilangan keyakinan terhadap institusi kehakiman akan melemahkan sistem keadilan. 

“Badan kehakiman berfungsi untuk menegakkan hukum serta keadilan, dan hanya akan bertindak berdasarkan bukti atau fakta kes dikemukakan. 

“Tergugatnya kebebasan institusi kehakiman juga bererti lemahnya governans dan integriti, sekali gus membuka ruang untuk korupsi serta salah guna kuasa bermaharajalela di Malaysia,” katanya hari ini.

Jelas beliau, literasi perundangan dan kesedaran berkaitan proses kehakiman wajar dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, rakyat perlu faham akan hak dan tanggungjawab, termasuk liabiliti serta kesan ekonomi atau sosial terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan.

“Pandangan yang tidak konstruktif, beremosi, berunsur politik dan tidak didasarkan kepada fakta undang-undang yang tepat harus dihentikan segera, kerana ia mengundang persepsi buruk terhadap institusi kehakiman.

“Ia juga boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada pembangunan dan melumpuhkan keyakinan pelabur kepada negara ini,” katanya.

Tegas beliau cabaran terhadap sebarang keputusan ditetapkan oleh mahkamah perlu melalui proses perundangan yang tepat.

Kesilapan proses perundangan katanya, berupaya menghilangkan kepercayaan dan menggugat kestabilan serta keharmonian rakyat.

“Kritikan, hak kebebasan bersuara dan penyebaran maklumat tidak seharusnya melampaui batas bidang kuasa mahkamah yang telah menjalankan fungsinya, sepertimana diperuntukkan oleh sistem perundangan negara.

“Kebebasan badan kehakiman perlu kita pertahankan sebagai benteng terakhir rakyat,” katanya.

Jurucakap yayasan memberitahu, badan kehakiman juga harus dibenarkan menjalankan peranannya tanpa ragu, takut atau diserang oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab atas kepentingan tertentu.

“Sekalipun #RasuahBusters menegaskan bahawa institusi kehakiman itu harus dihormati dna bebas daripada campur tangan eksekutif, adalah amat kritikal untuk ia juga benar-benar berkompetensi dalam menjalankan fungsinya secara adil dan berakauntabiliti,” katanya. - Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini