web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Zaliha ‘Berat Hati’ Tandatangan Pengecualian Nikotin Daripada Akta Racun – MMA

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 1:13PM

Keputusan untuk mengecualikan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun bermakna cecair dan gel vape, tanpa mengira kandungan nikotinnya, boleh dijual secara sah dan terbuka kepada sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa keputusan kerajaan untuk mengecualikan nikotin daripada Akta Racun 1952 bagi mengenakan cukai kepada cecair vape, bukan senario yang ideal kerana Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengawal penjual produk merokok belum diluluskan.

Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, Dr Zaliha membuat pengakuan itu semasa pertemuan dengan MMA kelmarin selain mendedahkan beliau menandatangani pengecualian tersebut dengan ‘berat hati’.

Mesyuarat itu yang diadakan untuk menjelaskan langkah kerajaan berhubung perkara tersebut turut dihadiri Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) dan pegawai dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun Dr Muruga Raj berkata, mereka tidak boleh menerima penjelasan Dr Zaliha berhubung perkara itu.

Tegas beliau, kerajaan boleh menunggu satu atau dua bulan sahaja lagi untuk RUU Kawalan Merokok dan Hasil Tembakau 2022 dibentangkan dan diluluskan terlebih dahulu sebelum meneruskan pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952.

“Kebimbangan kesihatan harus diutamakan.

“Tak guna menyesal sekarang. Keputusan sudah dibuat tetapi kerajaan harus bertanggungjawab atas keputusan ini,” katanya dalam kenyataan.

Dr Muruga Raj berkata, keputusan untuk mengecualikan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun bermakna cecair dan gel vape, tanpa mengira kandungan nikotinnya, boleh dijual secara sah dan terbuka kepada sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak.

Susulan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu menunjukkan komitmen mereka kepada Generational End Game (GEG) yang bertujuan untuk melarang penjualan dan penggunaan sebarang bentuk bahan merokok, termasuk rokok elektronik atau produk vape, kepada individu yang lahir sebelum 1 Januari 2007.

Katanya, kerajaan perlu menangani isu ketagihan vape yang semakin meningkat di negara ini dengan segera.

“Nikotin adalah bahan berbahaya dan boleh menyebabkan ketagihan. Terdapat bukti saintifik sedia ada mengenai kesan vape terhadap kesihatan.

“Jika kita terlewat, semua hasil cukai yang dikutip daripada industri vape mungkin tidak cukup untuk membayar kos perubatan bagi merawat masalah kesihatan disebabkan oleh ketagihan vape,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan cukai baharu bagi rokok elektronik (e-rokok) dan vape dengan nikotin akan dikenakan pada kadar 40 sen setiap milimeter (ml) mulai semalam.

Menurut notis warta kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan, nikotin dalam gel dan cecair yang digunakan dalam produk tersebut telah dikeluarkan daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Warta tersebut yang mengecualikan nikotin dalam vape dan rokok elektronik daripada senarai racun, ditandatangani Dr Zaliha dan disiarkan di laman sesawang Perundangan Persekutuan.

Warta pada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023, menyatakan bahawa nikotin, “digunakan untuk merokok melalui e-rokok dan alat pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel”, dikecualikan daripada senarai racun.

Turut dikecualikan ialah tembakau dan nikotin dalam “bentuk tampalan atau gula-gula getah untuk digunakan sebagai bantuan berhenti merokok”.

Susulan itu, MCTC mendakwa Dr Zaliha menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengatasi keputusan Lembaga Racun, yang membantah pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952. – Getaran, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Surat Terbuka Daripada MMA Kepada Ahli-Ahli Parlimen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang