web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


20 April Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 12:30PM

Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Majlis Raja-raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 20 April 2023 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen,” katanya.

Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain yang turut terpilih ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.

Sementara itu, di Sarawak lokasi terlibat adalah Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu manakala di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan; Menara Universiti Malaysia Sabah dan Kampus Antarabangsa Labuan.

Lokasi lain ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang: Tingkat 13, Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Pada tahun lalu, ramai terkejut apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya Aidilfitri disambut umat Islam di Malaysia pada 2 Mei.

Ia susulan ramai yang menjangkakan tarikh Hari Raya Aldifitri jatuh pada 3 Mei 2022.

Terbaharu, khabar angin mengenai Hari Raya Aidilfitri yang dijangka diraikan sehari lebih awal pada 21 April ini terus menjadi tanda tanya.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, isu berkenaan akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

“Seboleh-bolehnya kita nak elak apa yang berlaku tahun lepas berulang, supaya tidak terkejut, itu hasrat kita. Jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa fatwa dan sebagainya.

“Kita tahu pengumuman tarikh raya terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja... jadi apa yang saya boleh nasihatkan adalah kita bersabar,” katanya.

Terdahulu, portal Gulf News melaporkan bahawa kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada 21 April.

Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) membuat jangkaan akhir Ramadan pada tahun ini jatuh pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023. – Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Aidilfitri Disambut Sabtu, Rakyat Lega Tiada Lagi Syawal Terkejut

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Hilal Syawal Tahun Ini Di Posisi Sukar Dilihat Tapi..

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mungkinkah 1 Syawal Jatuh Hari Jumaat, 21 April?

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global