web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ramadan Bulan Mulia, Umat Islam Perlu Istiqamah Beramal Ibadat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Apr 2023 7:22AM

Semua umat Islam harus mengambil kesempatan berada dalam bulan Ramadan untuk terus meningkatkan amal ibadat, termasuk yang sunat seperti solat Tarawih, tadarus Al-Quran, bersedekah dan menunaikan solat secara berjemaah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua umat Islam diingatkan agar terus istiqamah dalam mengimarahkan masjid, surau dan majlis ilmu, khususnya pada Ramadan.

Aktiviti tersebut, yang disentuh dalam khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan beberapa hari lalu, turut menekankan kepentingan untuk semua umat Islam melakukan kebaikan, dan memberi peringatan dalam mencegah sebarang bentuk kemungkaran.

Menurut teks khutbah berkenaan, semua umat Islam harus mengambil kesempatan berada dalam bulan Ramadan untuk terus meningkatkan amal ibadat, termasuk yang sunat seperti solat Tarawih, tadarus Al-Quran, bersedekah dan menunaikan solat secara berjemaah.

“Semoga dengan itu, ia akan menjadikan kita hambaNya yang bertakwa,” kata teks berkenan.

Ramadan juga jelas teks tersebut, membawa bersama peristiwa penting iaitu Nuzul Al-Quran.

“Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT kepada utusan-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai pembimbing manusia di atas jalan kebenaran. 

“Peristiwa penurunan Al-Quran menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT yang tidak mampu tergambar oleh akal manusia. 

Al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat mengambil masa kira-kira selama 23 tahun sebelum ia lengkap keseluruhan 6,236 ayat,” katanya.

Umat Islam diingatkan agar terus istiqamah dalam mengimarahkan masjid, surau dan majlis ilmu, khususnya pada Ramadan. - Gambar fail
Umat Islam diingatkan agar terus istiqamah dalam mengimarahkan masjid, surau dan majlis ilmu, khususnya pada Ramadan. - Gambar fail

Jelas teks itu lagi, Al-Quran merupakan wahyu dan kalam Allah SWT yang bertindak sebagai sumber utama ajaran Islam dan sarat dengan ilmu serta pengajaran untuk dijadikan iktibar serta tatacara kehidupan di dunia.

“Oleh sebab itu, ia tetap terjamin pemeliharaannya daripada diubah oleh tangan manusia walaupun terdapat juga segelintir manusia yang berusaha ke arah itu. Jaminan pemeliharaan ini datang daripada Allah SWT sendiri.

“Sarjana Islam merumuskan bahawa Al-Quran diturunkan melalui dua peringkat iaitu penurunan dari Luh Mahfuz ke Bait al-Izzah secara sekali gus, dan penurunan dari Bait al- Izzah kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur melalui perantaraan Malaikat Jibril AS,” katanya. 

Menurut teks itu, Al-Quran mula diturunkan pada 17 Ramadan dengan ayat pertama dari Surah al-‘Alaq berupa perintah membaca. 

“Ada sesetengah pendapat lain yang mengatakan bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadr iaitu salah satu malam dari bulan Ramadan. 

“Pemilihan Ramadan dalam peristiwa Nuzul al-Quran ini menunjukkan kelebihan bulan yang mulia dan berkat ini seperti firman Allah SWT dari Surah al-Baqarah ayat 185,” katanya.

Perkara terpenting untuk umat Islam jelas khutbah itu lagi ialah, Al-Quran tidak memiliki sebarang keraguan padanya sama ada terhadap peristiwa yang telah berlaku, sedang berlaku atau bakal berlaku termasuk juga peristiwa-peristiwa ghaib. 

“Al-Quran menerangkan tentang seluruh keperluan hidup manusia bermula dengan aspek akidah, syariat, akhlak, muamalat, dan munakahat. 

“Selain itu juga, dalam Al-Quran terkandung juga perihal sejarah, kemasyarakatan, politik pentadbiran, kepimpinan, ekonomi juga sains.

Sememangnya al-Quran merupakan panduan hidup kita yang tidak boleh ditinggalkan,” katanya.

Tegas khutbah berkenaan, kitab suci tersebutperlu diletakkan paling atas sekali dalam apa jua urusan kehidupan kerana ia bertindak sebagai penentu jalan yang benar dan  berupaya menyelesaikan banyak masalah.

“Kebenarannya tidak dapat dicanggah lagi oleh mana-mana pihak bahkan penentang Islam cuba mewujudkan provokasi dengan menghina dan membakar Al-Quran, yang hanya menunjukkan ketiadaan hujah mereka untuk menentang kebenaran Al-Quran. 

“Al-Quran perlu dibaca untuk mendalami isi dan pengajaran yang terkandung padanya. Keberadaan dalam Bulan Ramadan yang dikenali juga dengan Bulan Al-Quran mesti kita manfaatkan dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan mengambil pengajaran yang sebanyak-banyaknya,” katanya.

Orang ramai juga jelas teks tersebut, tidak perlu malu atau takut untuk membaca Al-Quran walaupun dalam keadaan merangkak.

“Meskipun masih bertatih dalam mempelajari bacaan Al-Quran, ia lebih baik dari mereka yang meninggalkan terus pembacaan Al-Quran dengan alasan tidak mahir membacanya,” katanya. - Getaran, 9 April 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'