web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Basikal Lajak: Ke Ting Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian 8 Remaja

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Apr 2023 2:05PM

Sam Ke Ting dibebaskan dan dilepaskan daripada sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja penunggang basikal - Gambr Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan kerani, Sam Ke Ting daripada sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja penunggang basikal.

Panel tiga anggota diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000, lapor MalaysiaKini.

Panel dalam keputusannya berkata, pertuduhan terhadapnya adalah cacat.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail sebulat suara mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Panel dalam keputusannya berkata, pertuduhan terhadap Ke Ting mempunyai kekurangan kerana terdapat unsur penggandaan kesalahan, menggambarkan dua kesalahan berbeza dalam prosiding.

Hadhariah menjelaskan terdapat ‘kekeliruan’ oleh pihak pendakwaan ketika mereka menghujahkan kes di mahkamah majistret kerana memandu secara melulu, tetapi apabila kes itu dibicarakan di hadapan hakim mahkamah tinggi pertama, pendirian pendakwaan bertukar kepada pemanduan secara berbahaya.

Hadhariah berkata, penggandaan kesalahan dalam pertuduhan itu melanggar Seksyen 163 Kanun Tatacara Jenayah yang menetapkan satu pertuduhan mestilah khusus untuk satu kesalahan.

“Dalam kes ini, pertuduhan adalah tidak betul dan cacat, sama seperti sabitan, yang juga cacat. Jadi kedua-dua prosedur tidak mengikut undang-undang.

“Adalah menjadi hak perayu di bawah undang-undang untuk menerima pertuduhan dan sabitan yang sah.

“Atas sebab-sebab ini, rayuan perayu dibenarkan. Kami mengetepikan keputusan mahkamah tinggi bertarikh 13 April 2022 serta sabitan. Perayu bebas untuk pergi, anda sudah bebas sekarang,” kata Hadhariah membaca penghakiman mahkamah seperti dilihat oleh The Vibes.

Ketika membaca penghakimannya, Hadhariah berkata, mahkamah bersimpati dengan keluarga lapan mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan itu.

Bagaimanapun, beliau juga menjelaskan bahawa undang-undang jelas menetapkan bahawa pemandu hanya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kematian berdasarkan bukti untuk menunjukkan kesalahan.

Pada 28 Oktober 2018, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan Ke Ting tanpa mengarahkannya membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan kematian remaja terbabit di Jalan Lingkar Dalam, Johor Bahru, Johor jam 3.20 pagi, 18 Februari, 2017.

Lapan remaja yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16.

Pada 2019, hakim mahkamah tinggi, Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menyerahkan semula kes itu ke Mahkamah Majistret untuk Ke Ting membela diri atas pertuduhan memandu secara melulu.

Majistret Siti Hajar Ali yang mendengar semula kes itu pada 2019, melepas dan membebaskan Ke Ting pada akhir kes pembelaan, menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan kedua dengan Mahkamah Tinggi.

Pada 13 April 2022, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Ke Ting mendapat kebenaran daripada mahkamah rayuan pada 18 April tahun lalu untuk merayu terhadap sabitan dan hukumannya.

Mahkamah rayuan juga membenarkan permohonan Ke Ting untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan membebaskannya dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya didengar. —The Vibes, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan, Keputusan Lepas Dan Bebas Shafee Kekal

2

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Bantu Hubungi Hamas Untuk Bebaskan Rakyat Thailand

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah, Ubah Wang Haram Lebih RM9 Juta

4

Video & Galeri 11 bulan yang lalu

'Kami Tidak Zalim', Hamas Bebas 2 Warga Emas Israel Alami Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini