web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih Banyak Pertemuan KKM, Hartal Doktor Kontrak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:26PM

Lebih banyak pertemuan antara Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan diadakan selepas ini bagi membincangkan isu berkaitan doktor kontrak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih banyak pertemuan antara Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan diadakan selepas ini bagi membincangkan isu berkaitan doktor kontrak, kata jurucakap HDK Dr Muhammad Yassin.

Bercakap kepada pemberita di luar bangunan KKM di sini hari ini, beliau berkata ia antara perkara dijanjikan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika sesi pertemuan dan penyerahan memorandum berkaitan tuntutan gerakan tersebut yang berlangsung kira-kira 40 minit hari ini.

“Dr Zaliha janji akan adakan penglibatan berterusan dengan HDK supaya kita boleh jadi orang tengah antara doktor kontrak dan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang ditubuhkan baru-baru ini,” katanya.

Intipati memorandum tersebut antaranya menyebut HDK mahu KKM memasukkan wakilnya sebagai anggota HLC, sebagai middle point antara doktor kontrak kerajaan agar dapat mencari solusi yang akan menggembirakan semua pihak.

“Bagaimanapun, Dr Zaliha berkata penglibatan HDK dalam HLC adalah sedikit susah memandangkan ia ditubuhkan di peringkat Kabinet,” katanya.

Dr Zaliha sebelum ini berkata Jemaah Menteri pada 31 Mac telah bersetuju menubuhkan HLC bagi menangani isu doktor kontrak dan jawatankuasa itu menggabungkan beberapa kementerian dan agensi termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan pengerusi HLC dilaporkan berkata kerajaan akan memastikan situasi menang-menang dicapai supaya tiada pihak yang berasa rugi atau tersingkir dalam penyelesaian isu perjawatan doktor kontrak.

HDK turut memohon kerajaan menyegerakan proses penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan sebagai langkah memperkasa kebajikan dan jaminan untuk staf kesihatan kontrak secara amnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang