web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Perhalusi Usul Laksana Pensijilan Makanan Selamat - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Apr 2023 1:30PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperhalusi usul untuk melaksanakan Pensijilan Makanan Selamat KKM sebagai Syarat Perkhidmatan Pembekalan Makanan Semasa Mesyuarat dan Majlis Rasmi di semua fasiliti Kementerian di Putrajaya. 

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu memerlukan penelitian secara mendalam sebelum tindakan selanjutnya dilaksanakan.

Menurut beliau, usul tersebut dibentangkan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan Keenam Belas (MKMPK-16) ibu pejabat di Ibu KKM di Putrajaya, semalam.

“Mesyuarat MKMPK-16 yang dipengerusikan oleh saya, turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, 18 wakil kementerian, dan empat wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“NGO berkenaan terdiri daripada Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO),” katanya hari ini.

Dr Zaliha berkata, mesyuarat sama turut dimaklumkan mengenai Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan, sistem pemantauan secara dalam talian bagi Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (MS-NPANM).

“Kami turut mendengar pembentangan pelaksanaan perjanjian peringkat ASEAN berkaitan pemeriksaan dan pensijilan bagi produk makanan, pewartaan akuan nutrien baharu bagi asid lemak trans dan akuan fungsi baharu bagi antioksidan daripada minyak sawit serta komitmen Industri dalam penghasilan produk makanan dengan pilihan lebih sihat” katanya.

Beliau menarik perhatian, KKM juga telah menghasilkan Pelan Strategik Mengurangkan Gula dalam Kalangan Rakyat Malaysia (2023-2025), yang akan melibatkan tindakan multi-sektoral.

“Mesyuarat ini akan dijadikan platform yang tepat untuk perbincangan dan penyelarasan aktiviti bagi menangani isu-isu terkini keselamatan makanan dan pemakanan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia Madani,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha ketika menjawab soalan Senator Dr Ahmad Azam Hamzah di Dewan Negara berkata, terdapat 2,796,638 dos vaksin COVID-19 pelbagai jenama yang telah tamat tempoh.

Kesemua vaksin berkenaan dianggarkan bernilai RM81.4 juta dan disimpan di gudang penyimpanan vaksin serta fasiliti KKM.

“Jangka hayat vaksin COVID-19 digunakan di Malaysia dilanjutkan pada Januari, tetapi hampir 2.8 juta dos vaksin telah tamat tempoh setakat 28 Februari lalu.

“Lebih lapan juta dos lagi akan tamat tempoh September tahun ini,” katanya. - Getaran, 12 September

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini