web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masukkan Hari Songkran Dalam Kalendar Pelancongan, Mampu Jana Kedatangan Pelancong - Mahdzir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 6:33PM

UMNO Kedah menggesa pentadbiran kerajaan negeri melihat kepada kepentingan sumbangan masyarakat Siam di Kedah dari aspek kepentingan eko-pelancongan menerusi budaya dan adat resam mereka iaitu sambutan Hari Songkran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pentadbiran negeri Kedah digesa menyenaraikan Hari Songkran dalam kalendar pelancongan negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Hari Songkran yang disambut setiap 13 April oleh masyarakat Siam sememangnya mempunyai keunikan tersendiri dan boleh dijadikan daya tarikan pelancong.

"Kedah di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mengiktiraf sumbangan dan sokongan masyarakat Siam dalam kemajuan, pembangunan serta keamanan negeri.

“Justeru, UMNO Kedah menggesa pentadbiran kerajaan negeri sekarang melihat kepada kepentingan sumbangan masyarakat Siam di Kedah dari aspek kepentingan eko-pelancongan menerusi budaya dan adat resam mereka iaitu sambutan Hari Songkran", katanya hari ini.

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

Menurut beliau, sumbangan komuniti Siam di Kedah tidak boleh dipinggirkan sama sekali walaupun mereka adalah minoriti berbanding kaum lain.

“Masyarakat Siam yang berasimilasi di Kedah sejak sekian lama telah menjadikan negeri ini sangat unik khususnya menerusi pelbagai acara kebudayaan termasuk sambutan Hari Songkran,” katanya.

Tegas Mahdzir, sikap toleransi, muafakat dan kerjasama yang diamalkan oleh masyarakat Siam, telah mewujudkan jalinan kesatuan, perpaduan dan keamanan di negeri itu.

"Saya juga melihat sambutan Hari Songkran ini bukan sahaja boleh dijadikan acara tarikan pelancong di peringkat negeri Kedah, malah boleh juga dipromosikan Kementerian Pelancongan.

“Negara jiran kita Thailand meraih keuntungan dalam sektor pelancongan setiap tahun menerusi sambutan Songkran, hingga ia menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh pelancong asing setiap kali berkunjung ke sana,” katanya.

Untuk rekod, Kedah mempunyai jumlah penduduk masyarakat Siam terbesar di negara ini iaitu lebih 40,000.

Songkran atau turut dikenali sebagai Pesta Air adalah sambutan Tahun Baharu bagi masyarakat Siam khususnya di Thailand.

Perayaan ini disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun. - Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah