web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seleweng Dana Pusat Urut, 3 Wanita Direman 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 9:37PM

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 50an terdiri daripada dua pengarah syarikat pembekal minyak urut dan isteri kepada bekas pengarah urusan pusat urut berkenaan. - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tiga wanita direman bermula hari ini hingga Isnin depan, selepas disyaki menyeleweng dana berjumlah jutaan ringgit milik sebuah pusat urut terkemuka.

Sumber memberitahu Getaran, dikeluarkan Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret di sini, selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi tadi.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan petang semalam sewaktu hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

“Kesemua suspek yang berusia lingkungan 50an terdiri daripada dua pengarah syarikat pembekal minyak urut dan isteri kepada bekas pengarah urusan pusat urut berkenaan.

“Mereka disyaki telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu untuk memanipulasi syarikat antara 2017 hingga 2019,” katanya di sini hari ini.

Jelas sumber, suspek dikatakan menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut dengan harga lebih tinggi berbanding nilai semasa pasaran, menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka.

“Pembelian tersebut melibatkan jumlah bernilai RM9 juta dan akibatnya, syarikat dikatakan mengalami kerugian yang dianggarkan mencecah RM1.8 juta," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“SPRM juga sedang mengesan dua suspek utama kes berkenaan iaitu bekas Pengarah Urusan dan bekas Pegawai Kewangan syarikat pusat urut tersebut,” katanya. - Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah