web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Santuni Rakyat Ketika Lawatan Di Beberapa Negeri Pahat Kenangan Manis Buat Agong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 7:00AM

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan yang memerlukan pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Benta yang kemudiannya dimahsyurkan sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di sini semalam. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LIPIS - Menyantuni rakyat dalam siri lawatan ke beberapa negeri pada bulan Ramadan meninggalkan kenangan manis buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas segala persiapan yang dilakukan oleh pihak yang  terlibat ketika kunjungan baginda di negeri berkenaan.

“... banyak kenangan manis khususnya bila mengunjungi bazar Ramadan kerana beta dapat menyantuni rakyat setempat khususnya di Labuan, Melaka dan Pulau Pinang yang amat beta hargai... beta dan Raja Permaisuri serta anakanda dapat berkenalan dan bersalaman (dengan rakyat) dan sedikit sebanyak dapat eratkan silaturahim.

“Beta sebagai Sultan Pahang, mewakili orang Pahang, rapatkan silaturahim dengan orang Labuan, Melaka dan Pulau Pinang,” titah baginda pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Benta di sini yang kemudian dimasyhurkan sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan. 

Ketika bertitah, Seri Paduka sekali lagi mengingatkan bahawa kesucian, kemuliaan dan keharmonian institusi masjid perlu terus dipertahan dengan menjadikan ia sebagai tempat beribadah semata-mata.

“... Jangan sentuh hal peribadi, politik dan perkara lain... di luar pagar masjid, terpulang pada budi bicara sendiri… Pihak pentadbir masjid perlu awasi mana-mana pihak nak ambil peluang bagi ceramah dan ajaran yang kurang memuaskan... saya harap semua yang ingin berceramah di Pahang harus dapat tauliah,” titah baginda. 

Baginda turut menzahirkan harapan agar setiap masjid dan surau di Pahang ditadbir urus sebaik mungkin dengan pelbagai kelas agama serta aktiviti keagamaan di samping dapat menyatukan penduduk setempat.

Masjid Al-Sultan Abdullah, yang berkeluasan lebih tiga hektar, siap dibina pada 17 Mac 2020 dengan kos sebanyak RM9.7 juta dan mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan memerlukan sebelum berbuka puasa bersama penduduk daerah ini dan menunaikan solat Maghrib berjemaah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang