web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DigitalBridge Jangka Labur Lebih RM4 Bilion, Pastikan Ekosistem Yang Bersih - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Apr 2023 5:37PM

Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan DigitalBridge baru-baru ini - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Firma infrastruktur digital global, DigitalBridge dijangka melabur lebih RM4 bilion dalam sektor infrastruktur di Malaysia menjelang hujung tahun nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, firma itu selama ini mrmbuat pelaburan dalam pelbagai sektor, khususnya pusat pengkalan data, menara telekomunikasi (telco) dan gentian optik. 

“Kertas putih oleh Knight Frank menjelaskan bahawa pertumbuhan infrastruktur digital di Malaysia adalah yang terpantas.

“Pusat-pusat data pula merekodkan 113 megawatt hanya pada 2022 atau empat kali ganda melebihi Thailand,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kunjungan dibuat DigitalBridge ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau akan terus komited dan menekankan kepentingan dalam memastikan ekosistem yang bersih dan kondusif.

“Ia bagi memudahcara sektor perniagaan serta pelaburan di negara ini, sebagai sebahagian dari usaha dan upaya kita memacu pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia ialah destinasi utama untuk pelaburan pusat data bersama empat lagi negara ASEAN.

Selain Malaysia, empat lagi negara ASEAN tersebut ialah Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam. 

Menurut Kertas Putih Pusat Data Malaysia Knight Frank (Malaysia) Sdn Bhd yang dilancarkan pada 12 April lalu, ia melibatkan penggunaan 113MW pada 2022 dan kira-kira 20 peratus pertumbuhan bekalan diunjurkan untuk lima tahun akan datang. - Getaran, 15 April 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang