web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Dijemput Hadiri UDHR75, Komited Kerjasama Lindungi Hak Asasi Manusia - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Apr 2023 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dijemput menghadiri sambutan memperingati Ulangtahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR75).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jemputan tersebut dipanjangkan oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Türk menerusi pertemuan mereka baru-baru ini.

Menurut beliau, pertemuan berkenaan antara lain bagi membincangkan mengenai inisiatif inisiatif yang telah diambil oleh pejabat Türk bagi memperingati UDHR75.

“Malaysia menyokong inisiatif yang dilaksana oleh Pesuruhjaya Tinggi Türk, sejajar dengan keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat dan menegakkan hak asasi manusia di bawah kerangka Malaysia Madani.

“Kami juga bertukar pandangan mengenai cabaran dalam melindungi dan menegakkan hak asasi manusia seiring realiti geopolitik semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri memberitahu, beliau turut menjemput Türk untuk melawat Malaysia.

“Saya mengulangi komitmen Malaysia untuk bekerjasama rapat dengan beliau bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” katanya.

UDHR diisytiharkan pada 10 Disember 1948 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA).

Ia adalah dokumen yang menerangkan maksud hak asas dan kebebasan yang dimiliki oleh setiap insan sejak lahir. 

Perisytiharan yang mempunyai 30 Artikel itu mempromosikan rasa hormat kepada pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan. - Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang