web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertempuran Sudan: Semua Rakyat Malaysia Selamat, Kementerian Luar Pantau Situasi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 10:00AM

Asap tebal menyelubungi persekitaran Lapangan Terbang Khartoum selepas diserang pada 15 April 2023. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan kesemua 29 rakyat negara ini yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Sudan yang kebanyakannya pelajar selamat, susulan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dengan Rapid Support Forces (RSF), semalam.

Menurut kenyataannya, Kementerian Luar memaklumkan, Kedutaan Malaysia sedang berhubung rapat dengan mereka dan menyediakan bantuan diperlukan.

“Kementerian juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang bercadang ke Sudan, menangguhkan perjalanan sehingga keadaan stabil,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Kementerian Luar berkata, Malaysia kini memantau rapat situasi di Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran itu yang mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara berkenaan.

“Kedutaan Malaysia di Khartoum mengesahkan kesan pertempuran itu menyaksikan berlaku ganggu gugat di beberapa kawasan di bandar raya terbabit,” katanya.

Selain itu, Kementerian Luar berkata, Kedutaan Malaysia yang kini beroperasi sementara dari kediaman Duta Malaysia ke Sudan, boleh dihubungi di talian +249 90 075 3633, +249 18 328 6379 atau e-mel: mwkhartoum@kln.gov.my.

“Bilik Gerakan Wisma Putra juga boleh dihubungi di talian: +603-8887 4570, +603-8887 4770 dan +603-8887 4445,” katanya.

Media melaporkan, setakat waktu ini, sekurang-kurangnya 27 maut dan 183 cedera akibat pertempuran terbabit yang didakwa berpunca daripada keinginan mengawal lonjakan keganasan menjelang pilihan raya selepas rampasan kuasa tentera.

Kesatuan Doktor Sudan dilaporkan berkata, pihaknya tidak pasti sama ada mangsa dalam pertempuran antara tentera dan RSF itu membabitkan orang awam atau sebaliknya.

Tentera udara Sudan semalam menasihati orang ramai untuk kekal berada di rumah.

Malah, cuti diisytihar di Khartoum hari ini, sekali gus menyaksikan sekolah, bank dan pejabat kerajaan ditutup. – Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad