web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Loke Gagal Jawab Beberapa Soalan, Ini Mengecewakan - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 8:31PM

Ka Siong berkata, Loke masih gagal menjelaskan isu berkaitan harga tiket untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau yang melebihi RM1,000. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan beberapa isu berkenaan harga tiket penerbangan pada sidang media hari ini dianggap mengecewakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Loke masih gagal menjelaskan isu berkaitan harga tiket untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau yang melebihi RM1,000.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Seremban itu juga gagal menjawab soalan berkaitan kekurangan tempat duduk untuk menampung permintaan pelanggan.

“Bolehkah Menteri Pengangkutan melakukan sesuatu yang dapat menurunkan harga dan menambah bilangan tempat duduk?

“Dengan itu, rakyat Malaysia boleh membayar harga yang lebih rendah dan berpeluang pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari perayaan.

“Ingat tak dulu ada pemimpin DAP yang mengkritik saya apabila penerbangan pergi dan balik antara Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak melebihi RM1,000,” katanya sinis.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penjelasan diberikan Loke pada sidang media awal hari ini.

Antara lain, Loke meminta mantan Menteri Pengangkutan itu orang ramai, memandangkan beliau sebenarnya mengetahui mekanisme pendekatan digunakan syarikat penerbangan untuk menentukan harga tiket.

“Mantan menteri (Wee Ka Siong) mesti tahu (Kumpulan) Malaysia Airlines (MAG) ada aplikasinya sendiri. Kalau nak semak tiket MAG, kenapa (pergi) aplikasi AirAsia? Macam nak beli KFC, tapi pergi McDonald's,” sindirnya.

Jelas Loke, sekiranya Ka Siong mengambil langkah menyemak aplikasi lain, jawapan diperoleh pasti berbeza.

“Saya harap dia tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai. Mungkin ramai tidak tahu bagaimana syarikat penerbangan menetapkan harga mereka, tetapi saya pasti Wee (Ka Siong) tahu mekanisme yang digunakan syarikat untuk menetapkan harga mereka,” katanya.

Menyelar kenyataan dibuat Loke, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memberi penjelasan berhubung larangan untuk AirAsia dan Super App menjual semula atau menempah penerbangan MAS.

“Apa tindakan MOT mengenai perkara ini? Takkan ‘tutup mata’ dan terus membenarkan amalan ini?

“Kita bukanlah mahu memaksa PH menunaikan janji manifesto PRU15, iaitu harga tiket penerbangan RM199 bagi perjalanan balik ke Sabah, kita hanya menyentuh tentang kenaikan melampau harga tiket bagi kelas ekonomi untuk perjalanan KUL-TWU sehingga mencecah RM3,138 sehala, katanya.

Tegas Ka Siong, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) perlu menyiasat dengan terperinci perkara itu.

“Siapa yang mengaut keuntungan, MAVCOM sila siasat,” katanya.

Debat antara Loke dan Ka Siong berhubung harga tiket penerbangan yang didakwa melampau semakin panas, apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan. - Getaran, 17 April 2023

Berita Berkaitan

1

2 bulan yang lalu

Permit Bas Persiaran Terlibat Kemalangan Di Genting Tamat Tempoh Februari Lepas 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Model Perodua, Toyota Di Malaysia Patuhi Piawaian Keselamatan, Kata Menteri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini