web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Buat Spekulasi Fitnah Rosmah - Firma Guaman

Semasa · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 7:06AM

Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Media diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menerbitkan laporan yang boleh dianggap sebagai sub-judis prosiding undang-undang atau memfitnah isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jurucakap firma guaman Reza Rahim & Rajivan berkata, Rosmah masih menanti writ saman yang dikatakan difailkan oleh syarikat barangan kenas Lubnan, Global Royalty Trading SAL.

Menurut beliau, isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu telah menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan tuntutan saman berkenaan yang berjumlah RM67.461 juta.

“Anak guam kami akan membela dan mempertahankan diri, tetapi sehingga hari ini beliau masih belum menerima writ dan pernyataan tuntutan daripada syarikat terbabit,” katanya kepada Getaran lewat malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan media semalam, berhubung tindakan Global Royalty yang memfailkan semula saman ke atas Rosmah, kerana didakwa melanggar kontrak berhubung kehilangan 43 barang kemas milik syarikat terbabit.

Kesemua perhiasan mewah itu diserahkan kepada Rosmah lima tahun lalu.

Saman berkenaan difailkan menerusi firma Tetuan David Gurupatham dan Koay di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Mac lalu .

Rosmah dinamakan sebagai defendan tunggal kes berkenaan.

Menerusi tuntutannya, Global Royalty mendakwa Rosmah berbohong dalam afidavit dan pembelaan, apabila memberitahu kesemua 44 unit barangan kemas itu telah dirampas pihak berkuasa Malaysia.

Rosmah memberitahu, rampasan perhiasan terdiri daripada kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara itu dibuat kerana beliau didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Menafikan kenyataan Rosmah, Global Royalty dipetik sebagai berkata, hanya satu daripada 44 barang kemas tersebut berada dalam simpanan dan kawalan pihak polis manakala baki 43 barang kemas milik plaintif tidak berada dalam simpanan pihak berkuasa itu.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Reza Rahim & Rajivan berkata, Global Royalty Trading pernah memfailkan saman seumpamanya pada 2019, namun ia ditarik semula tidak lama kemudian.

“Atas faktor ini, media diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menerbitkan sebarang laporan berita seumpamanya.

“Adalah diingatkan bahawa sebarang perbuatan seperti itu boleh dianggap sebagai sub-judis undang-undang,” tegasnya.

Global Royalty menerusi saman asal mendakwa, syarikat itu pada 10 Februari 2018 menghantar 44 barang kemas kepada defendan, yang diserahkan oleh dua ejen mereka. - Getaran, 18 April 2023







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global